Sunday, April 26, 2009

TEKNOLOGI KOMUNIKASI SELULAR

SEKILAS SEJARAH TEKNOLOGI SELULAR:

Teknologi AMPS diperkenalkan pada tahun 1978 sebagai teknologi selular generasi pertama. Pada ketika itu hanya teknologi suara yang menjadi penghubung. GSM diperkenalkan selepas itu yang mampu menyalurkan komunikasi suara dan data ( kapasiti 9.6 - 14.4 kbps ). Hanya pesanan masej rengkas (SMS) dapat digunakan. Teknologi ini ditingkatkan lagi kepada teknologi GPRS yang mampu menyalurkan suara dan data dengan keupayaan capaian yang lebih baik sehingga 115 kbps, ketika ini sistem pesanan MMS diperkenalkan oleh kebanyakan syarikat komunikasi selular. 

EDGE- Fasa seterusnya diperkenalkan EDGE ( Enhanced Data rates for GSM Evolution ), yang mampu menyalurkan kecapaian sehingga 3 kali ganda keupayaan GPRS. Jika menggunakan GPRS untuk memindah data mengambil masa puluhan minit, dengan EDGE hanya beberapa minit sahaja. Teknologi ini tidak hanya menyalurkan data malah ditingkat sehingga ke peringkat multimedia.

3G - Third Generation-Teknologi generasi ketiga ( 3G ) membolehkan pengguna berkomunikasi secara video dan suara dari talipon bimbit ke talipon bimbit secara langsung. Berbanding dengan teknologi sebelumnya, menerusi teknologi jalur lebar tanpa wayar, teknologi ini membolehkan data, video dan audio dihantar dengan lebih pantas. Dengan kepantasan teknologi ini sehingga membolehkan menonton tayangan television serta melayari laman web.
( Pengguna boleh melanggan untuk menggunakan teknologi ini dengan kadar serendah RM68.00/sebulan untuk langganan keupayaan sehingga 384kbps , tanpa had penggunaan).

3.5G ( HSDPA-high speed downlink packet Acces )- Teknologi 3G yang ditingkatkan keupayaan yang membolehkan pengguna menikmati kelajuan pemindahan data sehingga 3.6-7.2Mbps. 
( Pengguna boleh melanggan untuk menggunakan teknologi ini dengan kadar serendah RM90.00/sebulan untuk langganan keupayaan sehingga 3.6Mbps, tanpa had penggunaan).


0 comments:

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal