Sunday, December 20, 2009

Adios Laos - Dirgahayu Indonesia


Sukan SEA ke 25 ,2009 di Laos telah berakhir. Indonesia akan menjadi tuan rumah bagi edisi ke 26..dirgahayu Indonesia. Sebagai negara yang sudah biasa menganjurkan sukan diperingkat antarabangsa, maka tidak timbul segala masaalah untuk menjadi tuan rumah selepas Singapura menolak atas sebab sebab tertentu.

Ketika kita masih lena diulit mimpi indah dengan kejayaan pasukan bolasepak menggondol pingat emas, cuba kita renung kembali kejayaan sebenar dari sukan dwi tahunan ini. Kita Berjaya melepasi sasaran 35 jumlah maksima pungutan pingat emas yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN), tetapi menduduki tangga ke empat keseluruhan. Kalau dikira sebenarnya kita masih lagi gagal menggondol pingat gangsa secara keseluruhan., di belakang Indonesia, Vietnam serta juara keseluruhan Thailand. Tahniah untuk negara tersebut..

Acara renang berjaya menjadi penyumbang emas terbanyak dengan Sembilan emas diikuti terjun (enam), karate (lima), olahraga enam, silat (empat), wushu (tiga), tinju (dua), badminton (dua) , satu dari taekwondo,satu dari memanah dan satu dari bolasepak.

Paling malang pasukan menembak kita gagal mendapat sebarang pingat emas kepada kontinjen serta negara. Persatuan seharusnya melihat serta memperbaiki kelemahan yang ada didalam pasukan ini serta segera memperbaikinya. Sukan ini bukan nya senang untuk mencari atlet yang boleh bertanding secara kompatetif diperingkat antarabangsa apalagi membawa sebarang pingat.

Agak memalukan juga apabila pasukan bolasepak wanita kita dibelasah teruk. Nasib baiklah segala aib itu dapat ditebus dengan kemenangan pasukan lelaki. Secara peribadinya saya berpendapat kita masih belum bersedia mempunyai sebuah pasukan bolasepak wanita, apalagi bertanding diperingkat manapun. Tiada pendedahan bolasepak wanita diperingkat kanak-kanak lagi, sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Sesuatu yang janggal kiranya ibubapa mendapat tahu bahawa anak perempuan mereka mula bermain bolasepak pada peringkat kecil, baru kinilah kita dapat melihat wanita mula berjinak-jinak bermain futsal. Saya kira itu sudah peringkat terlambat untuk kita membentuk karektor seorang pemain bolasepak wanita. Segalanya harus bermula dari zaman kanak-kanak…adakah kita bersedia membenarkan anak-anak gadis kita bermain bolasepak?, kerana segalanya balik kepada pepatah “MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA”.

Sukan Sea seharusnya serius dengan menghantar para atlit yang bertanding yang boleh menyumbang pingat kepada negara, bukannya secara seronok-seronok atau ( feel good factor). Rakyat Malaysia akan berasa lebih seronok sekiranya kita berjaya mendominasi sesuatu acara apalagi menjadi juara juara keseluruhan pertandingan. Negara yang lemah satu masa dahulu kini menjadi kuasa sukan baru didalam pelbagai acara. Kita boleh menyatakan bahawa prestasi atlit negara-negara ini telah meningkat berbanding atlet kita, tetapi dimana kelemahan program pembangunan atlet negara kita?.

Kita cadangkan kepada persatuan-persatuan sukan negara ini bertukar-tukar pandangan atau pun program pembangunan sukan persatuan yang berjaya melahirkan atlet-atlet yang berjaya seperti akuatik,renang atau yang paling nampak kejayaannya kini lumba basikal negara. Bukan menidakkan kebolehan setiap atlet tetapi lebih kepada persatuan-persatuan sukan yang menjadi tunjang kepada kejayaan atlet. Semoga di Indonesia nanti segala yang terbaik dari atlet-atlet Malaysia yang bertanding.

Selamat tinggal laos…dirgahayu Indonesia.

3 comments:

muktiali on January 9, 2010 at 8:16 AM said...

the firsth comment
nice posting friend

otc on January 9, 2010 at 8:21 AM said...

helo friend nice info,thanks

Rizky2009 on January 11, 2010 at 11:00 PM said...

yang penting semangat terus, namanya permainan ada yang kalah dan ada yang menang kawan

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal