Tuesday, December 22, 2009

JKR's staff working at home

Kementerian Kerja Raya hari ini mengumumkan projek perintis bagi 39 dari Jabatan Kerja Raya akan mula bekerja dari rumah bermula januari ini sehingga march tahun hadapan dan sekiranya berjaya ianya akan menjadi satu amalan baru bagi kakitangan sector awam.

Melalui program ini pihak kerajaan serta kakitangan tersebut akan mendapat lebih manafaat darinya, apalagi dari soal penjimatan kos sara hidup yang semakin hari meningkat.

Seramai 39 kakitangan yang berkhidmat di kementerian itu terutama mereka yang bertugas sebagai Penolong Juruukur Bahan, Pelukis Pelan dan Juruteknik di Jabatan Kerja Raya (JKR) terpilih untuk menjalani program perintis itu selama tiga bulan.

Kesemua mereka yang bertugas di Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jambatan, Cawangan Arkitek dan Cawangan Ukur Bahan dipilih berdasarkan skop tugas secara langsung yang hanya melibatkan penggunaan komputer dan Internet. Dengan itu kakitangan ini dapat memaksimumkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi selaras dengan dasar kerajaan dan kemahuan semasa.


Mereka yang dipilih juga terdiri daripada kakitangan berprestasi tinggi, bebas tindakan tatatertib, hanya memerlukan pengawasan minimum dan sanggup menerima semua tugasan .

Cabaran besar kepada kakitangan perintis ini adalah kepada sejauh mana dapat berkerja didalam suasana rumah tanpa pengawasan pihak atasan dan yang lebih penting adakah peralatan dapat disediakan secukupnya.

Budaya kerja dari rumah ini mungkin baru bagi sector awam, tetapi telah menjadi budaya kerja sebahagian dari sector swasta serta ahli perniagaan internet.

Dengan makanisma yang ada serta peralatan yang mencukupi, kita yakin program ini dapat diteruskan dan menjadi budaya kerja bagi sebahagian dari sector perkhidmatan awam.

3 comments:

hendrie k_bejo on December 22, 2009 at 12:23 PM said...

Hi,
I like your article and all the great tips that are mentioned on it, it has really helped out. Thanks for share the information.
I hope you can visit my blog and give me suggestion.
Thanks again.

Anonymous said...

sepatutnya diperluaskan juga ke kementerian penerangan .... kerana kebanyakan jawatan yang ada perlu bertugas di luar sepanjang masa.

sirhighcarl on January 24, 2010 at 1:15 AM said...

bestnye kerja di rumah tapi apakan daya saya. Pekerjaan saya memang memerlukan saya sentiasa berada diluar rumah :(

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal