Thursday, December 17, 2009

Seagames 2009 Malaysia 1- Vietnam 0



Akhirnya, setelah selama 20 tahun Malaysia menunggu satu pingat emas dari bolasepak sukan sea, kini menjadi kenyataan. Kali terakhir memenanginya pada tahun 1989. Seluruh rakyat Malaysia pastinya ketika ini bergembira dengan kejayaan manis membenam vietnam dengan jaringan 1-0.

Tahniah kepada K.Rajagopal serta semua pemain yang berjaya membawa sebutir pingat emas serta mengembalikan maruah bola sepak negara. Biarpun pada peringkat awal pemergian ke Laos lagi di duga dengan pelbagai cabaran termasuk penerbangan tertunda selama empat jam, namun berbekalkan semangat juang yang tinggi segala rintangan ini dapat mereka lalui. Sesungguhnya pada peringkat awal lagi para pengkritik sukan negara tiada berkeyakinan bahawa kita mampu pergi ke peringkat akhir apalagi merangkul emas.

Pada separuh masa pertama, Vietnam menguasai perlawanan dengan gerakan yang menarik serta mendebarkan para penonton yang menyaksikan perlawanan. Namun, gerakan mereka dapat dinafikan oleh barisan pertahanan yang diketuai oleh Aidil Zakuan serta penjaga gol Syarbini Alawi.

Separuh masa kedua, malaysia menukar corak permainan dengan permainan lebih seimbang. Dalam keadaan penjaga gol Vietnam yang mengalami kecederaan bahu, gerakan dari Syafiq Rahim berjaya memperdaya penjaga gol tersebut dengan gol sendiri dan dengan gol tesebut membawa kejayaan malaysia merangkul emas ke 40 setelah 20 tahun menanti.

Kejayaan anak muda ini menjadi inspirasi kepada kebangkitan bolasepak Malaysia setelah berada di ranking 160 kini. Bergelar Juara asia tenggara tidak mencukupi jika dibandingkan kejayaan dizaman kegemilangan era Mokhtar Dahari. Ya..perjalanan bermula dari satu langkah..tahniah FAM..tahniah K.Rajagopal...Tahniah semua pemain..dan tahniah MALAYSIA.

2 comments:

ina on December 19, 2009 at 11:19 AM said...

selamat buat malaysia!!!!

dasar dasar ilmu agama islam on January 7, 2010 at 9:47 PM said...

hi thx for ur post...
follow me plis

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal