Sunday, April 26, 2009

TEKNOLOGI KOMUNIKASI SELULAR

SEKILAS SEJARAH TEKNOLOGI SELULAR:

Teknologi AMPS diperkenalkan pada tahun 1978 sebagai teknologi selular generasi pertama. Pada ketika itu hanya teknologi suara yang menjadi penghubung. GSM diperkenalkan selepas itu yang mampu menyalurkan komunikasi suara dan data ( kapasiti 9.6 - 14.4 kbps ). Hanya pesanan masej rengkas (SMS) dapat digunakan. Teknologi ini ditingkatkan lagi kepada teknologi GPRS yang mampu menyalurkan suara dan data dengan keupayaan capaian yang lebih baik sehingga 115 kbps, ketika ini sistem pesanan MMS diperkenalkan oleh kebanyakan syarikat komunikasi selular. 

EDGE- Fasa seterusnya diperkenalkan EDGE ( Enhanced Data rates for GSM Evolution ), yang mampu menyalurkan kecapaian sehingga 3 kali ganda keupayaan GPRS. Jika menggunakan GPRS untuk memindah data mengambil masa puluhan minit, dengan EDGE hanya beberapa minit sahaja. Teknologi ini tidak hanya menyalurkan data malah ditingkat sehingga ke peringkat multimedia.

3G - Third Generation-Teknologi generasi ketiga ( 3G ) membolehkan pengguna berkomunikasi secara video dan suara dari talipon bimbit ke talipon bimbit secara langsung. Berbanding dengan teknologi sebelumnya, menerusi teknologi jalur lebar tanpa wayar, teknologi ini membolehkan data, video dan audio dihantar dengan lebih pantas. Dengan kepantasan teknologi ini sehingga membolehkan menonton tayangan television serta melayari laman web.
( Pengguna boleh melanggan untuk menggunakan teknologi ini dengan kadar serendah RM68.00/sebulan untuk langganan keupayaan sehingga 384kbps , tanpa had penggunaan).

3.5G ( HSDPA-high speed downlink packet Acces )- Teknologi 3G yang ditingkatkan keupayaan yang membolehkan pengguna menikmati kelajuan pemindahan data sehingga 3.6-7.2Mbps. 
( Pengguna boleh melanggan untuk menggunakan teknologi ini dengan kadar serendah RM90.00/sebulan untuk langganan keupayaan sehingga 3.6Mbps, tanpa had penggunaan).


Read rest of entry

PEMENANG BULAN APRIL' 2009




Kuantan: Mega Lanes, pemenang kejuaraan Invedge Celcom Powertolls bergambar bersama En. Najmi ( pengarah eksekutif - Invedge Sdn.Bhd ). Dari kiri, En Nazmi, pemenang tempat ketiga En Joey, tempat pertama En Ibnu dan naib johan En Syed Badrul. Adakah pemenang ini akan mengekalkan kedudukan mereka pada Bulan Mei ini.....kita sama-sama lihat, kerana kuasa ditangan anda...
Read rest of entry

Saturday, April 25, 2009

ROMPIN BEACH RESORT - LIPUTAN CELCOM 3G

          ROMPIN BEACH RESORT               

ROMPIN - Perjalanan melalui bandar diraja Pekan, Pahang. Tempat tujuan adalah  Rompin Beach Resort, tanpa sebarang masaalah..akhirnya sampai ketempat tujuan pada jam 11.30 pagi. Tujuannya untuk meraikan rakan-rakan dari Jempol...namun mereka begitu sibuk dengan jadual tugasan. Namun begitu rakan-rakan Dari RBR begitu perihatin diatas kedatangan saya dan rakan setugas ke resort ini, sehingga menyediakan makan tengahari bersama mereka...terima kasih dari saya dan kami semua, semoga dimurahkan rezeki mereka semua. Sambil makan kami sempat bertukar fikiran dengan para pegawai RBR mengenai perkhidmatan tanpa wayar jalur lebar ( wireless broadband ), kebetulan di RBR menyediakan perkhidmatan WiFi kepada pengujungnya di kawasan lobi dan restoran dan pengerurusan RBR sedang merancang adalah untuk menyediakan perkhidmatan ini sehingga kekawasan dewan seminar. 

Hanya 1 jam 30 minit dari Bandar kuantan, RBR menyediakan 112 bilik termasuk chalet untuk penginapan, Rhu Cafe menyediakan makanan yang sungguh enak, bilik seminar yang selesa juga perkhidmatan rekreasi yang lain.

Destinasi percutian anda seterusnya ROMPIN BEACH RESORT, jangan lupa komputer riba anda, kerana anda boleh mengakses email dan internet di sini. Destinasi kami seterusnya juga untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar nombor satu di Malaysia....CELCOM BROADBAND...insyaallah.


Rompin Beach Resort;
            
Lot 340, Jalan Pantai Hiburan, 26800, 
Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur, 
Malaysia 

Tel : 09- 414 3333
Fax : 09- 414 1366
Email :
 info@rbr.com.my
Read rest of entry
 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal