Wednesday, May 19, 2010

KAMPUNG WIFI DILANCARKAN DI SIBU, SARAWAK

Satu berita yang menarik yang ingin di kongsi bersama berhubung dengan pelancaran KampungWiFi yang di petik dari bahagian berita Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 
(MCMC) pada 12 Mei 2010 yang lalu.

Pelancaran KampungWiFi di Kampung Bahagia Jaya, Teku di Sibu, Sarawak oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha menggunakan sepenuhnya teknologi tanpa wayar atau ’wireless-fidelity’ (WIFI) untuk menambahbaik keterkaitan atau ’connectivity’ kepadaperkhidmatan Internet di Sarawak.

Majlis dilancarkan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Hadir sama Tan Sri Khalid Ramli, Pengerusi SKMM serta penduduk Kampung Bahagia Jaya serta komuniti-komuniti sekitarnya, wakil-wakil dari Kementerian, Jabatan dan agensi Kerajaan serta industri.

Projek Kampung WiFi di Kampung Bahagia Jaya, Teku dijalankan melalui inisiatif awam-swasta yang membawa bersama kepakaran syarikat Pernec Paypoint Sdn Bhd.

Menurut Tan Sri Khalid Ramli, Pengerusi SKMM ”Sarawak tidak akan dipinggirkan dalam pelaksanaan dasar Jalur Lebar Nasional (NBI). Pelbagai perancangan telah disusun untuk meningkatkan infrastruktur bagi menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) dalam dasar NBI di negeri Kenyalang ini.”

Beliau berkata teknologi WIFI akan mempermudah pembentukan masyarakat berilmu (K-Society) di Sarawak serta membolehkan negeri ini menceburi aktiviti ekonomi berasaskan kepada pengetahuan.

Pada majlis tersebut, Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim menyerahkan komputer netbook kepada 14 orang pelajar cemerlang dari Kampung Bahagia Jaya. Selain itu empat sekolah di Sibu turut menerima sumbangan komputer iaitu SMK Agama Sibu (13 komputer), SMK Sungai Merah (13 komputer), SMK Kwang Hwa Middle (14 komputer) dan SK Nanga Tutus (5 komputer).

Projek Kampung WiFi menyediakan kemudahan sambungan Internet tanpa wayar di mana syarikat Pernec meletakkan antena wi-fi di atas bumbung sekolah bagi memudahkan penggunaan jalur lebar bagi pelajar sekolah dan penduduk di kampung tersebut. Mereka dapat mengakses jalur lebar dengan kelajuan sehingga 4Mbps dalam lingkungan jarak sekitar radius 50 meter. 

Usaha ini membolehkan rakyat di kawasan-kawasan luar bandar dapat menikmati dan mengambil faedah kemudahan ICT sepertimana mereka yang berada di bandar sebagai mangkin untuk meningkatkan kualiti hidup mereka dan mewujudkan nilai ekonomi sama ada bagi isirumah, pelajar, wanita dan warga emas. Usaha merapatkan jurang digital ini merangkumi segala aspek ICT iaitu kemudahan komunikasi seperti telekomunikasi, Internet, maklumat, perisian dan perkakasan multimedia.

Kemahiran dalam bidang ICT boleh membantu matlamat penduduk tempatan untuk meneroka bidang-bidang kemajuan di kawasan itu, menjana ekonomi serta kemajuan di bidang ilmu dan pendidikan khususnya dalam melahirkan generasi digital.

Peruntukan perkhidmatan jalur lebar merupakan penyelesaian paling tepat dalam menambahbaik penembusan Internet dalam sebuah negeri yang besar seperti Sarawak dengan bilangan penduduk yang kecil, kira-kira dua juta orang dengan penempatan mereka tersebar luas di negeri ini.

Walaupun nampak kecil, pelaksanaan Kampung WiFi mempunyai matlamat yang penting dan bermakna dalam arus membangunkan negara ke arah status negara maju. Langkah ini dilihat kelak akan memberi lonjakan kepada penembusan jalur lebar di kawasan kampung dan di luar bandar seterusnya merapatkan jurang digital. Kampung WiFi ini ternyata dapat menyediakan kemudahan Internet dan ICT kepada masyarakat setempat untuk dinikmati bersama.

8 comments:

Tn.Punya on May 20, 2010 at 9:18 AM said...

Inginkan trafik 1,000,000 belajar teknik disini http://myvitrd.blogspot.com/2010/05/tips-tingkatkan-trafik-menggunakan.html

DaKMuO on May 20, 2010 at 5:00 PM said...

Waaa... Hebat sungguh..

Semakin laju la org2 diluar bandar lepas ni :)


Jom Terjah > http://dakmuo.frenzyfm.my

Blogger Pinrang on May 22, 2010 at 10:08 AM said...

hebat juga malaysia. klo itu sudah jalan di Indonesia, warnetku terancam bangkrut.

nikon camera on May 22, 2010 at 10:24 AM said...

wew...
infonya keren....
makasih banyak....
salam kenal....

kulanz on May 23, 2010 at 11:52 AM said...

bagus kalau Kampung WiFi ni ada di seluruh negara..

MineMixs on May 23, 2010 at 2:35 PM said...

perkembangan yang bagus untuk kemajuan intektual masyarakat..
pembangunan minda jangan disekat2..samalah juga dgn website2, janganlah di DNS kan..masing2 sudah pandai menilai baik buruknya.. :)

Nguyen Tien Manh on May 23, 2010 at 10:49 PM said...

thanks 4 visit.......
------------------------
visit my blog http://site-free-articles.blogspot.com/
Free Articles

Mommy Pinky on May 24, 2010 at 12:14 PM said...

Singgah sini kembali.. :)

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal