Tuesday, May 25, 2010

Malaysia Yang Pertama Di Rantau Ini Dapat Akses "Cloud Computing"



Malaysia menjadi negara pertama di rantau ini yang dapat mengakses pelbagai kemampuan "Cloud Computing" Microsoft Corporations, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Steve Ballmer.

Malaysia juga merupakan antara 41 negara dalam dunia yang boleh memanfaatkan Window Azure, kata beliau semasa mengumumkan ketersediaan perkhidmatan online itu di sini pada Selasa.

Cloud Computing merupakan pengkomputeran berasaskan Internet di mana sumber perisian dan maklumat dibekalkan mengikut permintaan.

Window Azure adalah platform Cloud Computing yang membolehkan pemaju membina dengan pantas dan mudah, mengunakan dan menguruskan aplikasi serta perkhidmatan web dalam pusat data Microsoft.

Ballmer berkata Cloud Computing, di mana data dan perkhidmatan disimpan di luar "Cloud" dan akses melalui internet, mempunyai kepentingan kukuh bagi ekonomi seperti Malaysia.

Model kepelbagaian baru Cloud Computing bermakna setiap orang berpotensi mengakses infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sama, selagi mereka mereka mempunyai penyambungan jalur lebar yang kukuh.

"Oleh itu, projek jalur lebar berkelajuan tinggi Malaysia tentunya boleh dimanfaatkan untuk masa depan," katanya.

Menurut Ballmer, Cloud Computing Microsoft, boleh juga digunakan sebagai perkakasan dalam membantu menggalakkan dan mengubah Malaysia kepada ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Kami menyokong sepenuhnya agenda inovasi Malaysia," katanya.

Cloud Computing juga menawarkan potensi yang besar untuk kecekapan, penjimatan kos dan inovasi.

Perkhidmatan berasaskan "Cloud" membolehkan kerajaan, syarikat-syarikat dan organisasi mendapat dengan segera keperluan secara maya, storan tanpa had dan sumber.

Mengenai bagaimana perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh mendapat faedah daripada Cloud Computing, Ballmer berkata: "Komuniti PKS mempunyai akses yang sama dengan ruang storan dan perisian sebagaimana syarikat multinational besar.

"Ini akan menyediakan penyelesaian kepada perniagaan, membolehkan mereka berkembang tanpa sekatan infrastruktur ICT dilaksanakan.

"Cloud Computing membawa perkembangan masa depan dan berpotensi mencergaskan inovasi dan syarikat Malaysia di masa akan datang."

Microsoft melaksanakan Cloud secara meluas dan mengumumkan bahawa menjelang tahun depan, 90 peratus daripada lebih 40,000 pemaju akan menggunakan cloud computing.

Ia akan menyaksikan penyampaian aplikasi, sistem operasi server dan perisian lain sebagai perkhidmatan online.

Microsoft juga melancarkan suite Cloud Computing, Suite Online Produktiviti Perniagaan (BPOS) di Malaysia.

BPOS menyediakan akses daripada maya di mana sahaja untuk menambah perkhidmatan komunikasi, kerjasama dan produktiviti melalui aplikasi online, yang dihoskan Microsoft dan berasaskan langganan.

Ia termasuk online tukaran, pertemuan langsung dan online komunikasi pejabat.

-- BERNAMA

6 comments:

willyo Cs Band on May 25, 2010 at 6:55 PM said...

hallo kawan...numpang berteduh disini ya...

papabear on May 26, 2010 at 2:17 AM said...

masih x familiar dengan cloud computing... hmm.. baik tengok awan je la... hehe

Kulanz Salleh on May 28, 2010 at 10:49 PM said...

baguslah dah dapat kepercayaan Microsoft

Abu Luqman on May 29, 2010 at 11:55 PM said...

jln jln di sini ye

tomo on May 30, 2010 at 5:18 PM said...

Ok thanks nih

akuvision on June 5, 2010 at 1:24 AM said...

Windows Azure tu yang premium tu kan?, tapi ada gak cloud os yang percuma macam eyesos untuk tujuan percubaan. Google Chrome juga akan dintegrasikan untuk menjadi cloud os nanti

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal