Saturday, June 5, 2010

MV Rachel Corrie Another Aid Ship To Gaza

kapal  MAVI MARMARA yang mengorbankan 9 aktivis  keamanan

Setelah mengorbankan sembilan dari aktivis bantuan keamanan ke Gaza, serta mencederakan berpuluh yang lain, kini fokus kita kepada satu lagi kapal bantuan kemanusian ke Gaza - MV Rachel Corrie.

Ketika ini MV Rachel Corrie didalam pelayaran menuju ke Gaza sambil diikuti oleh kapal tentera laut Israel dan didalam keadaan radar yang tidak berfungsi dan semua peralatan komunikasi terputus. Kemungkinan disabotaj oleh tentera israel atau sebaliknya, kerana Israel tetap tidak membenarkan kapal missi keamanan dunia ini untuk menghantar ubat-ubatan serta bahan-bahan binaan untuk masyarakat GAZA.

Apakah nasib 11 aktivis, termasuk Mairead Corrigan pemegang nobel keamanan dunia ( Nobel Peace laureate ) serta lapan krew akan menerima nasib yang sama seperti Mavi Marmara sebelum ini. Ketika ini tentera laut Israel masih mengekori rapat tetapi tiada berlaku lagi perkara-perkara yang tidak diingini dan suasana diatas kapal masih tenang.

Kapal MV Rachel Corrie yang ditaja oleh Perdana Global Peace Organisation ( PGPO), satu badan bukan kerajaan diMalaysia yang diketuai oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri Malaysia.

Ianya mengambil sempurna nama aktivis keamanan Rachel Corrie, seorang rakyat Amerika  yang mati digilis jentolak tentere Israel di Gaza pada tahun 2003.


Is she  Muslim????
But she know freedom for everyone...

6 comments:

~cik shanashaida~ on June 5, 2010 at 3:06 PM said...

sama2 la kte berdoa tok mereka..

TeRRoRRiZZ on June 5, 2010 at 3:42 PM said...

segala perkataan kesat semue untuk israel....

marilah same doakan untuk keamanan

dinda.teJa on June 5, 2010 at 4:59 PM said...

moga shahid milik mereka..

Nur Hawa Mohd Zin on June 5, 2010 at 9:07 PM said...

semoga Allah melindungi mereka, dan niat baik mulia mereka mendapat balasan daripada Allah

y o t t on June 6, 2010 at 10:07 AM said...

sy sgt sedih dgn nasib anak2 kecil dan rakyat Palestine yg kebuluran dan menderita sakit..

media pendidikan on June 6, 2010 at 3:53 PM said...

semoga hal yang terbaik akan segera terjadi, ki$$ your ads XD
Salam

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal