Friday, July 30, 2010

Menguasai ICT kearah kecemerlangan pelajar


“Dunia Tanpa Sempadan” dan “Maklumat Dihujung jari”, itulah perkataan yang biasa kedengaran apabila mengaitkan ICT didalam kehidupan kita hari ini. Segala-galanya kearah pengunaan ICT untuk memudahkan segala urusan, sector perbankan telah lama beralih kepada penggunaan ICT bagi memudah kan transaksi pelanggannya, urusan perniagaan lebih mudah dengan penggunaan ICT. Berurusan dengan jabatan kerajaan juga lebih mudah dengan adanya ICT.

Pendidikan juga tidak ketinggalan yang kini ditahap peralihan menuju penggunaan ICT sepenuhnya, tidak dinafikan dengan penggunaan ICT dapat membantu melahirkan  lebih ramai  pelajar-pelajar yang cemerlang didalam peperiksaan. Apakah kita telah bersedia kearah itu?

Alaf baru alam pekerjaan kini memerlukan mereka yang bukan sahaja mengetahui penggunaan ICT tetapi menguasai bidang ini, tidak kira disektor kerajaan mahupun swasta telah mengorak langkah kearah penggunaan ICT semaksima yang mungkin.

Cabaran penggunaan ICT.

1.   1.    Infrastruktur.

Teknologi  pembelajaran melalui ICT tidak hanya bergantung kepada computer, printer , scanner atau peralatan tambahan. Sebaiknya disambungkan jalurlebar yang berkelajuan tinggi bagi memudahkan para pelajar serta guru mengakses laman web pendidikan serta laman web tv pendidikan.  

Adakah semua kawasan sekolah diMalaysia ini boleh diliputi dengan infra jalurlebar yang berkelajuan tingggi.

2.       2.Polisi dan Peruntukan.

Kerajaan telah mensasarkan pada tahun 2010, semua sekolah dilengkapkan dengan computer dan peralatannya serta disambungkan dengan jalurlebar.

Tercapaikan sasaran tersebut dengan peruntukan yang bukan sedikit nilainya bagi mengikuti perkembangan teknologi terkini atau sekurang-kurangnya menaiktaraf yang sedia ada .  Jika peruntukan bagi kedua-duanya masih tinggi bagaimana jika sekiranya pihak sekolah melalui PIBG mengambil alih dengan  baik pulih peralatan ICT yang ada untuk digunapakai oleh para pelajar.

3.     3.  Sumber manusia.            
               
-          Ibubapa.

Memang menjadi harapan setiap ibu/bapa agar setiap anak-anak mereka cemerlang didalam pendidikan tetapi kebanyakannya tidak terdedah dengan teknologi penggunaan ICT.  Sama sekali tidak menyalahkan Ibubapa didalam persoalan ini, ICT ini terlalu baru  dan ledakannya terlalu pantas untuk mereka mempelajari apalagi menguasainya.

Ada diantara Ibu/bapa yang melanggan jalur lebar bagi membantu  anak-anak meraka belajar dan cemerlang. Namun begitu tanpa mengetahui ICT serta memantau  akan menimbulkan bahaya yang  lain kepada anak-anak. Tanpa panduan serta pemantauan menyebabkan anak-anak melayari sendiri kelaman web dan akhirnya kelaman web yang tidak berfaedah.

Bukan bertujuan menakutkan para ibubapa, tetapi seharusnya para ibubapa mengambil tahu serba sedikit perkembangan ICT atau melanggan terus laman web pendidikan untuk kegunaan anak-anak serta memantau perkembangan.

-          Guru

Harapan kini bergantung kepada guru agar dapat menguasai teknologi ICT bagi merubah kaedah pembelajaran tradisional kearah penggunaan ICT didalam pendidikan seiring dengan perkembangan dunia pendidikan kini. Tugas guru sebagai pendidik tidak dinafikan, ICT tidak mungkin mengambilalih tugas guru kerana ICT hanyalah peralatan yang dapat memudahkan tugas guru. Tanpa guru, teknologi penggunaan ICT tidak berfungsi dengan sempurna Jika selama ini guru dapat melahirkan pelajar cemerlang melalui kaedah Tradisional, mungkin dengan penggunaan ICT lebih ramai lagi pelajar cemerlang dapat dilahirkan.

Tugasan guru kini direngankan sedikit daripada penyediaan bahan-bahan untuk mengajar kepada memantau prestasi murid dan memperbaiki prestasi murid.

Para guru wajar dilatih secukupnya dengan penggunaan ICT dan sentiasa peka dengan perkembangan dunia ICT.

Dengan beban tugas yang sedia ada serta cabaran tugasan, wajarkah guru menceburi serta bergiat dengan politik?


-          Pelajar.

Para pelajar kini memang meminati sesuatu yang baru didalam pendidikan harian mereka. Anak-anak alaf baru ini lebih meminati computer, internet dan gajet.  Bayangkanlah kebanyakan pelajar kini telah ada alamat email mereka sendiri dan mempunyai akaun laman social masing-masing serta berinteraksi sesama rakan.

Terlalu mudah bagi mereka menerima pendidikan melalui ICT dan mungkin menguasai teknologi tersebut.  Apa yang perlu adalah memberikan mereka panduan dan bimbingan serta pemantauan dari masa kesemasa.

Disiplin diri dan sentiasa berusaha amat penting untuk berjaya dan cemerlang kerana walau secanggih mana teknologi sekalipun walau sehebat mana pengajaran guru, jika para pelajar tidak serius maka kegagalan adalah pasti.




5 comments:

aku_gayahspears on July 30, 2010 at 10:49 AM said...

wah.. bagus2.. suke baca entry nih...

diana on July 31, 2010 at 1:56 AM said...

dulu mase sekolah mane ade belajo
ICT ke ape..
budak2 sekarang ni untung banyak le..
dulu satu komputyer kongsi nak dekat 7 orang..
ape la yang boleh buat dengan ramai mcm tu..
sekarang ni serba serbi ade..

lawang on August 1, 2010 at 10:09 PM said...

maju terus sobat, btw singgah perdana ke tempat sobat. salam dari Jakarta :)

Tembang Lawas on August 2, 2010 at 4:49 PM said...

dunia IT memang perlu diperkenalkan sejak dini agar nantinya tidak disalahgunakan :-)

عمرو متولي عبد الحفيظ on August 15, 2010 at 5:29 AM said...

Even Microsoft can't ignore the Iphone Success story Today Microsoft's Bing search unit announced the "Bing App" for the iPhone and iPod Touch has been accepted and is available for free download at the iPhone App Store.

Microsoft (NASDAQ: MSFT) said in a blog post that Bing on the iPhone brings "some cool stuff" to the mobile device.

Among the features is voice-powered search, so you can say "Chicago weather" for a report on weather conditions, or speak out a full address for a map or directions to a location. Google (NASDAQ: GOOG), an early iPhone supporter, also already offers a voice search application on both the iPhone and Android devices.
Some of Bing's new mapping features were previewed at a press event earlier this

month and are included in the iPhone release, which Microsoft said features very smooth panning and zoom in/out in response to finger swipes.
http://top-techno.weebly.com/iphone-blog.html

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal