Sunday, September 5, 2010

Celcom and iPhone



Dengan jumlah hits melalui keyword "Celcom+iPhone" melebihi 30 sehari  menerjah ke Blog ini, maka pada andaian saya memang pelanggan setia Celcom benar-benar ingin mengetahui apakah Celcom akan memasarkan talipon pintar bersama dengan pakejnya. Dari tarikh kenyataan akhbar bahawa Celcom berkemungkinan memasarkan talipon pintar ini bersama dengan pakejnya sehingga kini masih tidak menjadi kenyataan.

Sebagai penyedia rangkaian komunikasi mudahalih terunggul negara, memasarkan satu-satu model pintar bukan menjadi fokus sebenar syarikat komunikasi ini. Dengan kelebihan yang ada pada iPhone hanya kepada aplikasi talipon itu sendiri, tanpa ciri-ciri seunik Blackberry maka sehingga kini Celcom masih menumpukan fokus pemasaran talipon pintar Blackberry beserta  pakej.

Salah satu faktor, berkemungkinan dari segi penyelenggaraan selepas jualan. Satu Jabatan baru perlu diwujudkan bagi menyelesaikan masaalah teknikal yang berkemungkinan timbul kepada pengguna iPhone. Sebagai penyedia rangkaian komunikasi, seharusnya tumpuan lebih diberikan kepada penyelesaian kepada perluasan serta kesetabilan rangkaian untuk kepuasan pelanggannya.
Walau bagaimanapun, melalui pakej kombinasi suara dan data yang sediada memang Celcom sudah bersedia untuk digunakan oleh mana-mana talipon pintar termasuk iPhone. Ini adalah pandangan peribadi dan pakej yang paling sesuai dan menjadi pilihan utama saya adalah CelcomBiz P148.


0 comments:

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal