Wednesday, September 22, 2010

Laman Facebook rasmi PDRM dilancarkan



Sekalung tahniah kepada Polis Diraja Malaysia diatas usaha mewujudkan  laman Facebook rasmi pada 21 september 2010. Dengan kecanggihan teknologi kini, memang wajar PDRM mempunyai laman Facebook rasmi bagi memudahkan lagi rakyat mendapat maklumat terkini tanpa menunggu atau mendapat maklumat dari pihak ketiga.

Ini merupakan alternatif lain setelah wujudnya satu lagi laman facebook rakancop sebelum ini, namun melihat kepada keperluan semasa maka pihak PDRM mengambil inisiatif mengadakan laman facebook rasmi PDRM. Mungkin selepas ini pihak kita dapat berinteraksi dengan PDRM melalui twiter pula, segalanya mungkin terjadi.

Apakah objektif penubuhan facebook rasmi ni?

  1. Sebagai platform alternatif untuk menyampaikan maklumat PDRM dan mendekati masyarakat terutamanya golongan / generasi  yang internet savvy.
  2. Sebagai saluran untuk memperbetulkan dan mengelakkan spekulasi dengan tujuan mengurangkan sindrom “fear of crime” di kalangan masyarakat.
  3. Sebagai platform yang interaktif untuk mencapai persefahaman, menjalinkan perhubungan dan memelihara keyakinan masyarakat untuk bekerjasama dengan polis dalam usaha membanteras jenayah sebagai satu tanggungjawab bersama.
  4. Sebagai satu inisiatif berterusan PDRM yang menggunakan internet dan teknologi dalam memperluaskan hubungan untuk mendekati masyarakat secara terus.

Semoga usaha murni ini akan berterusan, dan tahniah terutamanya kepada dato' KP selangor yang memulakan dan menghebahkan laman facebook beliau.

Bagi sesiapa yang ingin memasuki laman facebook rasmi PDRM silalah ke : http://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia.

2 comments:

xkane on September 24, 2010 at 11:53 PM said...

PDRM pun ada FB gak ke..spa admin dia tu??

sapa berani komen buruk, p la komen skg :)

Zubaini on October 2, 2010 at 2:03 PM said...

Saya amat merasa dukacita dengan PDRM kerana pihak PDRM tidak ambil berat mengenai kes saman ekor yang di kenakan kepada orang awam.contohnya saya ada beberapa saman ekor yang dikenakan kepada saya kerana memandu dengan laju..saya akui dengan pekara itu tetapi apa bukti yang mengatakan saya kena saman laju sedangkan saya tidak mendapat apa2 surat daripada PDRM, Tidak seperti tahun-tahun yang lepas setiap orang yang melakukan kesalahan melebihi had laju akan diantar surat atau ditahan.tetapi sekarang dah tak ada lagi,apabila hentak menhidupkan roadtax atau lesen baru dibagi tahu ada saman yang belum dijelaskan.apa bukti yang mengatakan saya kena saman melebihi had laju?sedangkan saya tidak menerima apa2 surat dari PDRM.kalau saya petikaikan betul ke saya kena saman?apa buktinya...

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal