Monday, October 4, 2010

DUN GALAS: Nik Aziz dan perokok.


Berita yang menarik perhatian saya dan mungkin sesetengah dari kita, berkemungkinan kerana kenaikan harga rokok hari ini. Bagi perokok tegar memang terasa mahalnya kan, ada lah sahabat-sahabat yang bercita-cita nak berhenti merokok. Kalau dah tahu membazir dan merbahaya kepada kesihatan rakyat, kenapa di jual?. Itulah yang selalu diperkatakan oleh sahabat-sahabat saya. Apabila ada dijual maka adalah pembeli. Satu sahaja tujuannya kerana jumlah cukai yang menjadi sumber pendapatan kepada negara tetapi kalau kita nak berhenti merokok pilihannya terletak kepada diri kita sendiri.

Didalam pilihanraya kecil Dun Galas akan datang, Mursyidur Am Pas Dato' Nik Aziz memaklumkan akan mencalunkan wakil rakyatnya yang tidak merokok. Gimik politik atau bukan persoalannya, kita harus menyambut baik saranan ini kerana wakil rakyat sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat baik dari segi karisma mahupun perbuatannya. Saya menyanjung tinggi wakil rakyat baik di peringkat DUN mahupun di Parlimen yang tidak merokok. Tidak kiralah dari pihak kerajaan atupun pembangkang.

Selain mengamalkan gaya hidup sihat beliau juga menerapkan ciri ciri keIslaman kepada kita. Bukan kah rokok jua ada unsur-unsur pembaziran dan apakah hukumnya kepada pembaziran?.  Mereka menjadi fokus serta idola kepada rakyat yang diwakili maka segala karektor yang tidak baik wajib ditinggalkan. Maka dengan itu setiap pencalunan wakil rakyat selepas ini, pilihan utama bagi mereka yang tidak merokok.

Jangan lah pula menjadi "ketam mengajar anak berjalan lurus, sedangkan diri kita .....". Sama-sama kita renungkan demi masa depan kita. Walaupun pahit untuk di telan tapi demi kebenaran kita harus mengakuinya. 

Saya tidak cuba mempengaruhi pengundi di DUN Galas, cuma menyatakan satu kebenaran berkenaan rokok dan pemimpin dan kita.

0 comments:

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal