Monday, October 11, 2010

MotoGP sirkit sepang nobatkan Lorenzo Juara musim 2010.


KATEGORI MotoGP

Jorge LORENZO telah dinobatkan sebagai juara MotoGP 2010 di Sepang walaupun menduduki tangga ketiga dengan pungutan mata 313 meninggalkan saingan terdekatnya Dani Pedrosa dengan jumlah mata 228.

LORENZO Juara MotoGP 2010


Valentino Rossi menjuarai sirkit
SHELL ADVANCE MALAYSIAN MOTORCYCLE GRAND PRIX
di Sepang, namun hanya menduduki tangga ketiga keseluruhan dengan jumlah mata 181.


KATEGORI Moto2

Kategori Moto2 di menangi oleh  Toni ELIAS dari Sepanyol.


Toni Elias



KATEGORI125

Juara kesluruhan MARQUEZ Marc juga dari Sepanyol.

MARQUEZ Marc SPA

Apakah nasib dan kedudukan pelumba negara kita?


Zulfahmi yang mewakili pasukan Air Asia menduduki tempat ke 16 di sepang dan tempat ke 24 keseluruhan. Bermula dari petak ke 22 gara-gara perlanggaran semasa ujian masa,namun beliau mampu memberikan saingan dan mempamirkan aksi yang hebat.

Apa pula nasib Mohd. Zamri Babapelumba  yang mendapat tiket "WILDCARD" bagi menyertai kejohanan MotoGP diSepang ini?

Beliau hanya sekadar menduduki tempat ke 22 dari 39 pelumba yang bertanding, walaupun sedemikian tahniah juga kita ucapkan kerana beliau mampu melakarkan rekod terpantas  2:11.175s  dipusingan ke 17. 

Sukan Pemotoran ini merupakan sukan gabungan teknologi jentera dan skil penunggangnya, apa yang kita dapat lihat penunggang kita mampu menguasai skil tunggangan namun dari segi teknologi jentera motor kita masih jauh. Lihatlah apabila mereka satu lawan satu sebelah menyebelah, penunggang kita akan ditinggalkan oleh lawan yang menunggang jentera yang di tingkatkan lagi kuasa.

Saya juga adalah peminat sukan ini dizaman Eddy Lawson dan Wyne Gardner lagi, namun tidaklah sampai merempit. Ingin berlumba..... jalan raya bukan tempatnya. Jika merasakan diri berpotesi menguasai pentas lumba motor, masuklah kelab lumba motor yang diiktiraf. Ramai juga rakan dizaman muda-muda dahulu yang merungut, nak masuk kena ada pakaian lumba yang lengkap dengan peralatan keselamatan tambahan, namun itulah hakikatnya. Keselamatan penunggang tidak boleh diambil sambil lewa, begitu juga dalam kaedah kita menunggang motor seharian.


0 comments:

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal