Wednesday, October 13, 2010

YTL lancar "broadband" 4G bulan depan

YTL-salah satu syarikat konglomerat Malaysia akan menawarkan jaringan jalur lebar tanpa wayar  4G pada 18 nov ini bersama dengan plan television internet yang dikendalikan bersama syarikat Sezmi Corp. yang bertapak di Amerika Syarikat.
YTL Communications Sdn Bhd, salah satu anak syarikat kumpulan YTL telah melabur sejumlah RM2.4 billion bagi projek generasi keempat tanpa wayar teknologi  internet ini dan yakin kepantasan teknologi ini melebihi teknologi 3G.



Tumpuan reka cipta teknologi Generasi keempat (4G) ini  dari mula lagi  bagi kegunaan hanya untuk menghantar data dan bukannya untuk membuat panggilan. Dengan itu ia meminjam segala aspek didalam teknologi  generasi terkini Wi-Fi yang mengghantar dan menerima data tanpa wayar jarak dekat dengan lebih pantas dan stabil.



Menurut Pengarah urusan YTL Corp. Francis Yeoh berkata kerjasama dengan Sezmi Corp. akan memberi laluan kepada kumpulannya menawarkan television hybrid yang berfungsi menyimpan atau menyaksikan siaran lansung rancangan tempatan dan juga television kabel, permintaan movie dan internet video menerusi platform 4G - jangkaannya pada akhir 2011.
Ini bermakna pengguna jaringan YTL akan menikmati jalurlebar tanpawayar, kemana sahaja dikawasan liputannya dengan menonton television tempatan atau internet tv. Kebaikan ini sebagai satu alternative kepada bergantung kepada satelit ataupun kabel.
Dengan segala kemudahan data dan television hybrid yang di tawarkan kepada bakal pelanggan, tidak pula dinyatakan berapakah tariff perkhidmatan bulanan. Apa yang penting adalah didalam kadar yang mampu bagi setiap golongan rakyat.

Rakyat Malaysia melihat internet sebagai satu keperluan tetapi dengan kadar yang murah, sistem yang stabil serta kawasan liputan yang luas. Tidak hanya kerana factor keuntungan maka hanya dibandar-bandar besar dan terpilih sahaja.


1 comments:

Jericho on October 14, 2010 at 11:19 AM said...

Bagus juga kalau ada usaha macam ni.. tapi sayang juga kalau teknologi tu tidak digunakan sepenuhnya.. sekarang ni pun walaupun dah 3G tapi masih lambat juga speed tu...

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal