Monday, November 1, 2010

Celcom Biz - Pakej P48



Pakej yang menjadi tumpuan peringkat pertengahan, dengan kadar komitmen bulanan sebanyak RM50.00, ianya  didalam kemampuan semua peringkat. Dengan kadar panggilan On-Net yang begitu kompetatif berbanding pesaing dalaman ( Celcom Exec ) mahupun pesaing luaran. Tarikan utama kepada pakej ini adalah.kadar SMS yang boleh dikatakan termurah, hanya 2 sen kemana-mana nombor didalam rangkaian.

Kadar panggilan didalam rangkaian (ON-NET) hanya 10 sen/minit dan 15 sen/minit bagi panggilan Video. Kadar SMS adalah 2 sen bagi satu SMS kemana nombor didalam rangkaian dan yang lebih menarik disini apabila mendapat 500 SMS percuma didalam rangkaian Celcom. Bagi mendapatkan tarif kadar Panggilan 10 sen dan SMS 2 sen ini, pengguna perlulah menambah RM2.00 caj bulanan daripada komimen asal sebanyak RM48.00, yang membawa kepada jumlah komitmen bulanan sekurang-kurangnya minimum RM50.00.

Apabila membuat panggilan keluar dari rangkaian Celcom, kadar panggilan suara 15 sen /minit begitu jua bagi panggilan video dan SMS 10 sen/satu SMS.

Apa lagi yang menarik dari pakej ini?

Jika ramai pengguna didalam sesuatu organisasi atau syarikat menggunakan pakej ini maka secara automatik melayakkan panggilan percuma selama 50 jam bagi satu talian sesama rakan didalam organisasi, lama tu kalau dah 50 jam sebulan.  


Dibawah ini diperjelaskan apakah CUG itu, kerana inilah daya tarikan utama kepada pakej CELCOM BIZ.


Apakah CUG?


CUG adalah singkatan kepada Closed User Group, ia itu kemudahan panggilan suara dan video percuma didalam satu organisasi. Jika pengguna menamatkan perkhidmatan didalam syarikat tersebut maka hendaklah memaklumkan kepada pihak celcom, jika tidak segala panggillan yang dibuat kepada individu didalam syarikat lamanya masih percuma dan panggilan kepada rakan-rakan didalam syarikat barunya akan dicaj penggunaannya. Jumlah minima bagi mendapatkan perkhidmatan CUG kepada sesuatu syarikat adalah lima pengguna.

Para Usahawan yang ingin mendapatkan kemudahan ini kepada dirinya dan kakitangannya bolehlah menghubungi Celcom Biz yang berdekatan bagi urusan pendaftaran CUG. Segalanya rengkas, senang dan kearah penjimatan, rugi jika tidak dimanafaatkan.

Pakej ini juga boleh digabungkan dengan pakej Blackberry dengan menambah caj bulanan perkhidmatan blacberry dan data.

Bagaimana nak mendaftar?

Kunjungilah Celcom yang berdekatan dan tanyakan unit Celcom Biz atau Value Added Partner Celcom Biz. Bawa bersama salinan penyata gaji atau pas perkhidmatan, yang terbaik jika ramai rakan-rakan didalam syarikat anda yang melanggan pakej ini.


4 comments:

Mr Lonely on November 3, 2010 at 2:50 AM said...

nice blog.. have a view of my blog when free.. http://www.lonelyreload.blogspot.com .. do leave me some comment / guide if can.. if interested can follow my blog...

Advert on November 6, 2010 at 12:23 AM said...

Nice Share... :)

jais on November 25, 2010 at 10:35 PM said...

yg dalam forum ni pasal free call n sms celcom btol ke?ada yg dah cuber?
http://fbmf.blogspot.com

Anonymous said...

pakej ni memang betol...btol2 murah...untung ade company yg baik hati n bg free call among kwn2 opis..;)

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal