Monday, November 29, 2010

Celcom Biz : Pakej P98 –satu kadar panggilan suara




Pakej dari Celcom Biz ini menyelesaikan masalah bagi mendapatkan satu kadar bagi semua panggilan suara didalam Negara. Ada diantara kita terlupa bahawa nombor awal seperti 012,013,106,017,018 dan 019 bukan lagi mewakili nombor operator komunikasi sebelumnya, apabila program MNP diperkenalkan. Dengan adanya panggilan satu kadar, RM0.10sen/minit bagi panggilan kemana-mana operator didalam Negara ini akan menyelesaikan sedikit kos bagi panggilan suara. Tiada keraguan lagi bagi mengenalpasti nombor yang ingin dihubungi adalah dari operator yang sama atau sebaliknya.

Bagi panggilan video ada sedikit kekurangan kerana bagi panggilan didalam operator yang sama RM0.10sen/minit dan panggilan keoperator lain RM0.15sen/minit.

Kadar SMS dengan tambahan komitmen tetap bulanan sebanyak RM2.00, SMS ke operator yang sama adalah RM0.02sen/satu SMS dan keoperator Lain RM0.10sen/satu SMS. 

Melalui pakej ini pelanggan akan mendapat bil terperinci secara percuma.

Komitmen Bulanan bagi pakej ini adalah RM98.00, jika tiada tambahan komitmen bulanan bagi mendapatkan kadar SMS yang rendah sebanyak RM2.00. Komitmen yang rendah bagi mendapatkan satu kadar panggilan suara didalam Negara. Sesuai bagi usahawan atau pekerja yang banyak berhubung dengan pelanggan diluar mahupun didalam organisasi.

Masih lagi memberikan jumlah panggilan didalam organisasi selama 50 jam sebulan dan 300 SMS percuma secara autimatik ke mana-mana nombor didalam rangkaian operator. Bagi mendapatkan panggilan percuma didalam organisasi, pelanggan mesti memastikan organisasinya didaftar kan CUG terlebih dahulu dan nombornya dididaftarkan didalam CUG tersebut. Pakej ini dikategorikan sebagai pakej penyelamat bagi panggilan suara dengan satu kadar panggilan didalam Negara.

0 comments:

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal