Monday, December 27, 2010

AFF Suzuki Cup 2010 : Malaysia mengatasi Indonesia 3 - 0

Safee Sali merayakan Gol kedua untuk Malaysia.

Kegembiraan jelas terpancar kepada semua rakyat malaysia apabila mengatasi Indonesia dengan jaringan 3-0 pada peringkat pertama akhir di stadium Bukit Jalil. Jaringan Malaysia dilakukan oleh Safee Sali diminit ke 60 dan 72 serta jaringan Ashari diminit ke 67. 

Dengan kemenangan yang agak selesa ini untuk dibawa ke perlawanan penentuan di Stadium Gelora Bung Karno di Indonesia pada hari Rabu ini, apakah Pemain Malaysia dapat mengatasi gelora penyokong serta pemain Indonesia nanti? sama-sama kita tunggu.

Pada perlawanan yang pertama amat menghiburkan dan kedua-dua pasukan mempamirkan aksi yang begitu mendebarkan, mungkin kerana strategi pasukan yang menjadi maka Malaysia memenanginya. Selepas perlawanan dihentikan kira kira 5 minit gara-gara tembakan laser, barulah Malaysia berjaya menjaringkan Gol.

Dua perkara yang benar-benar dikesali iaitu Laser serta balingan mercun kedalam Padang. Sepatunya penyokong ini diberi pengajaran sewajarnya oleh pihak berwajib dan tidak samasekali berlaku disaat kebangkitan era bolasepak Malaysia.

Walau bagaimanapun syabas pemain Malaysia, diingatkan ada 90 minit lagi di stadium Gelora Bung Karno bagi memastikan Malaysia adalah kuasa bolasepak baru Asia tenggara. Selamat berjuang.




3 comments:

suffian on December 28, 2010 at 12:29 PM said...

Malaysia Bolehhhhhh..

Yulis Samoa on December 29, 2010 at 12:45 AM said...

Saya suka sekali dengan pernyataan Anda sahabat blogger > Dua perkara yang benar-benar dikesali iaitu Laser serta balingan mercun kedalam Padang. Sepatutnya penyokong ini diberi pengajaran sewajarnya oleh pihak berwajib dan tidak samasekali berlaku...
Memang sudah selayaknyalah mesti sportif... :)

shining star on January 4, 2011 at 10:32 AM said...

Selamat atas kemenangan malaysia....
Pertandingan yg sangat menegangkan..
salam kenal sobat

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal