Sunday, December 26, 2010

AFF Suzuki Cup 2010 : Malaysia or Indonesia?

Menantikan detik Final pusingan yang pertama di bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi menentukan Juara AFF Suzuki Cup 2010. Perlawanan yang dijangkakan menarik kerana Malaysia mahu bangkit dari diaibkan Indonesia diperingkat kumpulan dengan kekalahan 5-0, manakala Indonesia mahu membuktikan bahawa pasukan mereka adalah jaguh Asia tenggara.

Malaysia jua mahukan kejuaraan ini bagi mengesahkan lagi sebagai jaguh Asia tenggara setelah memenangi Piala Emas di Sukan SEA.

Inilah piala yang menjadi rebutan dan akan menobatkan sebagai jaguh bola sepak di Asia Tenggara.

 Barisan Pemain Indonesia.

 Gonzales merupakan duri kepada pasukan Malaysia, seharusnya diberikan kawalan ketat kepada setiap pergerakan beliau. Tugas ini mungkin diamanahkan kepada Muslim sebagai pemain pertahanan.



 Namun jangan dilupakan Bambang, ada jua dikalangan peminatnya diMalaysia merindui aksi beliau yang pernah bermain untuk pasukan selangor dan menjuarai Piala Malaysia. Atau Bambang sendiri yang merindui untuk beraksi di Bukit Jalil, tapi kali ini sudah berlainan namun kami tetap merindui dan berterima kasih jua kepada Bambang...



 Barisan Pemain Malaysia tidak disangkakan boleh sampai ke akhir, apalagi pada peringkat pemilihan awalnya, ramai pemain yang tidak dapat bermain samada cedera atau kerana kad merah di sukan Asia.
Dengan barisan yang bercampur dari skuad bawah 19 tahun, sesiapa sahaja pasti tidak yakin kemampuannya, namun tahniah jua kerana layak ke akhir.
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan dan seterusnya juara.



Penjaga Gol yang masih muda, baru berusia 21 tahun namun berdasarkan prestasinya yang memberikan keyakinan bahawa mampu menahan asakan penyerang Indonesia.



 Mampukan penyerang harapan negara merobek pertahan serta memboloskan bola kegawang gol Indonesia?



Harapan kini setinggi Gunung Kinabalu diletakkan kepada seluruh pemain bagi menjuarai kejohanan ini, walaupun begitu kita tetap menghormati prestasi pemain Indonesia.
Sukan untuk merapatkan lagi silatulrahim, bukan bermusuhan...ayuh gegarkan stadium Bukit Jalil dengan menonton aksi yang sudah tentunya menarik.

Lets Enjoy the Games....


4 comments:

armouris on December 26, 2010 at 12:55 AM said...

Malaysia boleh!! main bola jangan sampai cedera - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

suffian on December 26, 2010 at 9:20 AM said...

Ramalan:

Malaysia vs Indonesia.
3 - 1

Malaysia Bolehhh...
huhu..

Siti Safiyyah on December 26, 2010 at 10:33 PM said...

ehem malaysia menang! yeayy :D

shining star on January 4, 2011 at 10:35 AM said...

Saya senang membaca article ini,...
kata2nya sangat sopan dan enak di baca...
salam....

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal