Tuesday, December 7, 2010

Don’t forget - Broadband tax relief up to RM500.00



Hanya sebagai ingatan kepada diri sendiri juga rakan-rakan, salah satu insentif dari pihak kerajaan yang dapat kita manafaatkan bersama. Mungkin ada yang tahu tapi terlupa atau ada yang tak mengetahui langsung perkara ini. Selain dari rebet cukai individu keatas tangungan dan insuran nyawa,  ada satu lagi rebet cukai yang diberikan oleh kerajaan iaitu bil penggunaan jalur lebar (broadband).



Hujung tahun ni biasalah sibuk berkira-kira mengisi borang Lembaga Hasil Dalam Negeri – LHDN (Income tax ). Jangan lupa kepada semua individu  memasukkan jumlah bill tahunan penggunaan jalur lebar anda kerana setiap individu berkelayakan mendapat insentif keatas cukai pendapatan sehingga RM500.00. Insentif ini sehingga ke tahun 2012, ada dua tahun lagi dan diharapkan diteruskan ditahun-tahun mendatang.

Kelayakan rebat hanya diberikan kepada pendaftaran pakej jalur lebar (broadband) diatas nama individu tersebut sahaja.

Bagaimana kiraan dibuat berdasarkan jumlah bil individu:


  • Jika melanggan pakej bulanan RM68.00, maka:

RM988.00 x 12 bulan = RM1,176.00
Jumlah pemotongan cukai sebanyak = RM500.00

Tetapi jika,

  • Jika melanggan pakej bulanan RM38.00, maka:

RM38.00 x 12 bulan = RM456.00
Jumlah pemotongan cukai sebanyak = RM456.00

Jangan lupa, RM500.00 pun banyak juga tu.

6 comments:

Bo the Nerd on December 8, 2010 at 12:17 AM said...

Iye tak ye juga ye. Terima kasih mengingatkan. Aku pengguna Streamyx yang tegar.

www.boisanerd.blogspot.com

honeyvsbee on December 8, 2010 at 11:19 PM said...

datang singgah menyinggah

Zul's Stuff on December 11, 2010 at 2:44 PM said...

aku teringin nak gna broadband tp streamyx tetap di hati..hehehe

http://zulmovie.blogspot.com/

ASSOYFINGER67 on December 15, 2010 at 12:20 AM said...

Termakasih bagitau..aku copy yer..nak hebahkan.

Abu Luqman on December 16, 2010 at 7:24 AM said...

salam ziarah pagi sini

nmhafiz on December 17, 2010 at 9:36 AM said...

macam mana nk dptkan rebet ni??syarat brape bulan?

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal