Thursday, December 2, 2010

Maxis and Subscriber's Insurance Coverage.

 



Anda pengguna MAXIS atau HOTLINK? ….Anda dah ada PA ?, bukan Personal  Assistan tetapi Perlindungan insuran kemalangan. Bagi pengguna Maxis  kini boleh mendapatkan khidmat tersebut dengan hanya menggunakan khidmat SMS bagi urusan pembelian. Terbuka kepada semua pelanggan Maxis yang berumur 18 tahun sehingga keusia 70 tahun tanpa memerlukan pemeriksaan kesihatan.

Mungkin ada yang terlepas pandang dengan tawaran ini, berikut adalah serba sedikit berkenaan pakej berkenaan. Mana mungkin  MAXIS sebagai pengendali komunikasi akan menawarkan perkhidmatan perlindungan Insuran? Memang benar, Sama jua dengan Celcom menawarkan pakej “PHONE SHIELD” kepada penggunanya. Ada syarikat Insuran yang bekerjasama dengan Maxis bagi menawarkan pakej ini, mungkin Maxis melihat kepada jumlah penggunanya yang terbabit dengan kemalangan dan tidak dapat membayar bil yang tertunggak atau lihat dari segi positifnya bagi tambah nilai kepada perkhidmatanya.

Ada dua pakej Insuran yang ditawarkan kepada pelanggannya.

  1. Insuran Kemalangan Diri.
  2. Insuran Perjalanan

Insuran Kemalangan Diri.

Lebih kurang sama  dengan kebanyakan pakej insuran kemalangan diri yang ditawarkan oleh mana mana syarikat Insuran Cuma ditambah benefit perlindungan bagi menyelesaikan bil talipon yang tertangguh akibat dari kemalangan yang membawa kematian atau kecacatan kekal kepada penggunanya sehingga RM500.00. Disampng itu jua tidak ketinggalan yang melibatkan kepada kes ragut dan rompakan.  

Pakej Insuran Kemalangan Diri;


Pakej Satu.

Premium bulanan sebanyak RM5.00(temasuk RM0.50 kos pengendalian), pengguna akan mandapat perlindungan keatas kemalangan diri yang melibatkan kematian atau kecacatan kekal  sehingga RM180,000.00. Sila lihat dibawah ini bagi memperjelas lagi faedah perlindungan yang di maksudkan.

Pakej Dua.

Premium bulanan sebanyak RM2.00(temasuk RM0.50 kos pengendalian), pengguna akan mandapat perlindungan keatas kemalangan diri yang melibatkan kematian atau kecacatan kekal  sehingga RM70,000.00. Sila lihat dibawah ini bagi memperjelas lagi faedah perlindungan yang di maksudkan

Bagaimana nak melanggan?

Mudah sahaja, hanya melalui khidmat SMS dan menggunakan Katakunci tertentu seterusnya hantar ke 27007 seperti berikut:

                Produk/Menu                                                         Katakunci/keyword        Code
1.   Personal Accident Insurance               BUY PA                          27007
2.   Insurance Main Menu                         INSURANCE or INS          27007
3.   Transaction History                           HISTORY                        27007
4.   Cancel Transaction                            STOP INS                       27007

Faedah perlindungan akan berkuat kuasa apabila mendapat pengesahan SMS dari Maxis, tak perlu lagi nak isi boring  kerana maxis boleh menggunakan bankdata pelanggannya.

Insuran Perjalanan.

Bagi yang selalu melancung atau diatas urusan perniagaan keluarnegara , melalui pakej perlindungan ini Maxis menawarkan perlindungan kemalangan sehingga maksima 5 hari dengan kadar RM2.00/sehari.  Perlindungan selain dari kemalangan yang mengakibatkan kematian atau kecacatan kekal termasuk juga perbelanjaan Hospital, perjalanan tertangguh (travel delay),  caj panggilan talipon kecemasan  dan perlindungan 24 jam diseluruh dunia. Ini satu yang kena Tanya samaada Negara yang menjadi larangan untuk dilawati akan dilindungai oleh skim Insuran kemalangan ini.

Bagaimana nak melanggan?

Mudah sahaja, hanya melalui khidmat SMS dan menggunakan Katakunci tertentu seterusnya hantar ke 27007 seperti berikut:

                Produk/Menu                                                         Katakunci/keyword        Code
1.   Travel Insurance                                BUY TRAVEL or Y           27007
2.   Insurance Main Menu                         INSURANCE or INS          27007
3.   Transaction History                                HISTORY                   27007

Faedah perlindungan akan berkuat kuasa apabila mendapat pengesahan SMS dari Maxis, tak perlu lagi nak isi boring  kerana maxis boleh menggunakan bankdata pelanggannya.

Bagaimana nak tuntutan Insuran

Nampaknya memang anda berminat dengan PA ni, ya lah kalau tidak tak kan sejauh ni membacanya.

Jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini, janganla buat tuntutan ke MAXIS. Sila hubungi syarikat insuran yang bertanggung jawab iaitu ACE Synergy Insurance Berhad di talian 24 hour Emergency Hotline number +6-03-76283703. Cuma nak daftar sahaja melalui MAXIS. 

Sebelum membuat keputusan, sila faham betul-betul kerana mana-mana sahaja syarikat Insuran akan meletakan perkataan ini “ Term and Condition apply”, ramai diantara kita yang malas nak baca ni, bila berlaku sesuatu perkara…maka drama salah menyalah akan berlaku.

4 comments:

-ROCKprincess- on December 3, 2010 at 8:42 AM said...

wow...
thks for the info...
xpernah tau pown pasal nie

ros on December 5, 2010 at 9:28 PM said...

singgahbalas ya..

Anonymous said...

Ace jerneh penipu,potong duit aku lebih dari yg sepatutnya tiap2 bulan

Anonymous said...

Macam mne na terminate plan nie..

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal