Wednesday, December 8, 2010

Pakej Broadband mana pilihan anda?

Sedar atau tidak, pengguna internet jalur lebar melebihi 16juta diMalaysia kini. Ini memberikan lebih bersemangat kepada para bloger yang baru mahupun yang telah lama menceburi bidang ini. Cuba bayangkan hanya 1% sahaja yang menerjah ke laman blog kita sehari, wow sudah 160ribu. Namun itu hanyalah imaginasi atau fantasi dan berkemungkinan menjadi kenyataan jika kena gayanya, keyword yang mesra SEO dan Fantastic and bombastic writing. Berusaha dan berdoa, InsyaAllah.

Kita memerhatikan pakej serta penyedia rangkaian jalurlebar manakah yang menjadi pilihan pengguna di Malaysia kini? Apakah kreteria sebenar mereka didalam membuat pilihan? Adakah murah atau kelajuan? Atau penggunaan Data yang maksima (Data Capping ). Namun peperangan harga dari setiap penyedia rangkaian data seharusnya menguntungkan pengguna, tidak semua yang murah itu adalah terbaik begitu jua tidak semua yang mahal itu adalah pilihan terbaik.

Cuba kita lihat kepada pakej jalur lebar yang berada dipasaran kini.

TM Streamyx package.

Pakej jalur lebar biasa tanpa suara. ( Standard Package without Voice )

Streamyx memulakan pakej serendah RM20 bagi tempoh penggunaan selama 10jam/sebulan dan secara puratanya selama 20 minit sahaja sehari, cukup ke? Selebih nya dengan kadar 5sen/minit. Dengan kelajuan 384kbps, pakej ini tidak ada daya tarikan walaupun ianya murah diatas kertas.

Pakej yang termahal adalah Streamyx 4.0Mbps yang menjanjikan 4Mbps  (download speed) serta 512kbps dengan nilai kadar bulanan RM268.00. Dengan kelajuan sebegini memang menjadi pilihan utama setiap pengguna internet yang berkemampuan. Kelajuan ini melangkau kemampuan jika setakat melayari internet secara biasa kerana pengguna boleh menonton siaran stream video atau melanggan siaran Television secara on line. Malangnya buat ketika ini hanya sebahagian pengguna dilembah kelang dan sebahagian Bandar utama sahaja yang boleh menikmati pakej ini.

Kebanyakan Bandar utama kini sudah boleh menikmati pakej Streamy 2.0Mbps dengan kadar bulanan RM188 dengan dibekalkan modem secara percuma.

Pakej yang menjadi pilihan untuk kegunaan seisi  keluarga adalah Streamyx 1.0Mbps, dengan kadar bulanan sebanyak RM88.00 ( jika tanpa dibekalkan modem ) dan RM99.00 ( jika dibekalkan ) dengan modem.

Streamyx BlockBuster Deals.

Pakej Streamyx BlockBuster Deals membolehkan pengguna membuat panggilan dengan percuma ke talian tetap TM diseluruh Malaysia, serta kadar serendah RM0.10sen/minit kemana sahaja talipon selular didalam Negara. Pakej kadar bulanan bermula serendah RM90.00 dengan kelajuan 512kbps dan tertinggi kadar bulanan sebanyak RM140.00 dengan kelajuan 4Mbps.

Pengguna dibekalkan dengan satu Modem WiFi serta satu Dect phone secara percuma

Pakej yang menjadi pilihan M2G adalah BB Deals 1Mbps dengan kadar bulanan RM110, percuma WiFi modem seta Dect Phone, Percuma panggilan kemana-mana no TM diMalaysia serta kadar panggilan ke talipon selular RM0.10sen/minit didalam Negara.

Kelebihan Streamyx

Pengguna boleh mengakses intenet tanpa memikirkan had penggunaan data seperti mana-mana penyedia perkhidmatan yang menghadkan penggunaan data 1GB, 3GB atau pun 16GB. Bagi kaki download memang paling sesuai dan yang paling utama adalah bagi penggunaan anak-anak kita belajar.
Bagi mendapatkan keterangan secara terperinci, sila ke mana mana cawangan terdekat TM Point atau rakan niaga TM.

Komitmen serendah RM48/sebulan dengan kelajuan sehingga 384kbps dan penggunaan sehingga 1GB. Memanglah murah tetapi bagi pengguna tegar yang melayari internet had maksima 1GB memang tidak mencukupi, jika hanya mengunakan bagi tujuan e-mail atau laman social seperti Facebook atau twitter sahaja maka pakej ini memang sesuai.

Pakej yang menjadi pilihan M2G adalah pakej Celcom Broadband Basic, komitmen bulanan sebanyak RM68 serta kelajuan 512kbs dan had penggunaan sehingga 3GB. Jika dahulu pakej ini lebih menarik kerana tahap penggunaan sehingga 5GB walaupun kelajuan muaturun hanya 384kbps.

Kelebihan Celcom Broadband.

Kalau nak memperkatakan perkara negatif memang ada kerana lebih ramai pengguna menggunakan internet pada waktu tertentu, maka pelayaran internet ibarat menggunakan sampan kolek tetapi jika berkurangan pengguna maka macam “catamaran” lah pulak. Namun sebagai pengguna kita akan menyedari  kekurangan kelajuan internet apabila melepasi kadar volume penggunaan samada 1MB, 3GB atau pun 5GB, macam siput la pulak. Kelebihan yang nyata masih boleh mengakses rinternet. Keluasan liputan adalah salah satu factor yang perlu diambil kira biarpun bukan kawasan liputan 3G ataupun HSDPA.

Maxis Broadband package.

Pakej bulanan bermula dari RM48 sehingga 1.5GB dan yang termahal adalah RM198/sebulan dengan kadar penggunaan sehingga 12GB. Kesesuaian penggunaan terpulang kepada individu dari segi kadar mahupun jumlah penggunaan data. Jika mencukupi dengan 1.5GB maka langganilah komitmen bulanan RM48 sahaja, apabila melebihi had data yang ditetapkan maka pengguna tidak sama sekali dapat mengakses internet. Kawasan liputan yang menyeluruh diseluruh negara tidak menghampakan para penggunanya.

Kelebihan Maxis Broadband.

Maxis broadband tidak menetapkan kelajuan bagi setiap pakejnya, terpulang kepada liputan kawasan dimana pengguna mengakses internet.  Jika berada didalam kawasan liputan hsdpa, maka pengguna akan menikmati kelajuan HSDPA begitu jua sebaliknya jika berada di liputan gprs maka naik siput la kita.


DiGi Broadband.

Melihat kepada fakta diatas, maka dapat dikatakan bahawa Digi Broadband memberikan penjimatan bagi pakej Discover day, serendah RM38/bulanan dengan had penggunaan sebanyak 3B/sebulan. Dengan pakej semurah ini ada juga perkara yang perlu dilihat dahulu.

Kelajuan yang berbeza

  1. Kelajuan dari jam 7.00pagi hingga 7.00petang ( average – 700kbps(dl) / 200kbps(upl) ).
  2. Kelajuan dari jam 7.00malam hingga 7.00 pagi (dihadkan ke 128kbps dan P2P ditutup).
M2G tidak berkesempatan bermesra dengan penggunaan DiGi broadband maka hanya melihat kepada faktanya sahaja yang murah didalam kelas broadband 3G, namun masih ada lagi kelemahan dari pakej ini kepada pengguna. Jika membandingkan kawasan liputan, Digi masih jauh dari pada celcom atau maxis.

P1 wimax package.

Ramai rakan rakan yang menggunakannya berpuashati dari segi kelajuan biarpun menggunakan pakej Home Lite selaju 400kbps, had penggunaan data 5GB dan kadar bulanan RM49.00. Diperingkat awalnya digemparkan dengan iklan “Potong” namun kini “bukan kecik lagi” takut nanti bila dah besar  dia “ kena potong “  sekali lagi pula.

Pilihan M2G adalah pakej Home Plus yang menjanjikan kelajuan sehingga 1.2Mbps, 20GB  penggunaan data dan kadar bulanan RM99 sahaja.

P1 4G Wiggy package . 

Sejauh mana keberkesanan tranmisi menggunakan modem wiggy ini tidak diketahui kerana M2G tidak pernah mencubanya. Cuma dengar sungutan dari rakan-rakan yang tidak berpuas hati menggunakan modem ini. Mungkin kebiasaan menggunakan modem standard P1 yang jauh lebih memberikan kepuasan kepada penggunanya.

Kelemahan kawasan liputan yang tidak menyeluruh diseluruh negara, maka pakej ini hanya menjadi pilihan kepada golongan minority pengguna.

Yes.my

 I only can Yes if you come to my town.

Pakej Yes ini lebih berkonsepkan pra bayar.


Rumusan.

Segala pandangan berhubung dengan pakej diatas adalah berdasarkan pengamatan serta pengalaman M2G, pilihan terletak ditangan anda, kerana kini masa untuk berubah. “Tepuk dada Tanya selera” dan “Ukur baju dibadan sendiri”, jangan lah kerana melihat kemerahan epal diseberang sungai maka sanggup berenang keseberang dan rambutan ditinggalkan. Tanpa kita sedari rupanya ada buaya menunggu mangsa didalam sungai…..fikir—fikirkan.

Berhubung terus dengan mereka yang terlatih dan mewakili operator penyedia jalur lebar, segala yang diatas sebagai panduan.

15 comments:

syok2u on December 8, 2010 at 6:04 PM said...

sy gna prepaid celcom bb jer..

suffian on December 9, 2010 at 12:54 AM said...

pada saya.. tawaran broadband dahulu jauh lebih baik.. lebih murah dan tempoh penggunaan juga lebih baik..

hari ni, jika penggunaan melebihi had package yang ditawarkan, dan sekiranya handak menambah had pengunaan, kos yang dikenanakan juga lebih mahal.. dulu hanya RM5 per 1G.. tapi skrg dah RM15 bg dgn jumlah yg sama..

Seri Bahasa on December 9, 2010 at 8:51 AM said...

soal package tu takde masalah, cuma rangkaian broadband di malaysia ni kadang tidak selari dengan harga dan perhidmatan yang diberikan.

cik Nemo on December 10, 2010 at 1:17 PM said...

wow! nice entry.. shaye gune maxis!

zety on December 11, 2010 at 1:49 PM said...

jadi apa yang paling balik ni?

Zul's Stuff on December 11, 2010 at 2:50 PM said...

nice info..best bleh tahu smua ni..sng ckit nak pilih...

cik miera on December 13, 2010 at 12:59 AM said...

miera pakai celcom.liputan luas..laju jugak la.lagi2 miera pakai pakej 4 student.cuma rm50 sebulan dengan 5GB..mmg berbaloi dn jimat

Mujahadah on December 13, 2010 at 10:53 AM said...

YES.COM..... dok dgr dalam iklan, tapi iklan dia tak de daya tarikkan yg hebat macam yg lain...

Neway, sedang menggunakan Streamix dan Celcom broadband.. Streamix rm66 sebulan, celcom lak rm50 pakej pekerja goverment.. hehe... :)

Cempakamelati on December 13, 2010 at 12:52 PM said...

Saya guna streamyx 1.0MB...selesa guna broadband ni kerana saya selalu ada dirumah. Kalau perlu untuk guna internet kat luar, saya guna jer CElkom Broadband prepaid yg RM6.00 sehari tu..senang.. tak terikat.

ukhra on December 15, 2010 at 4:41 PM said...

paket2 nya keren2 ..

tian on December 15, 2010 at 11:51 PM said...

bagus bagus semua, jadi bingung

ASSOYFINGER67 on December 16, 2010 at 10:44 PM said...

Entry yang bagus dan amat padat dgn maklumat...salam hormat dari aku..teruslah berinfo:)

hans on December 16, 2010 at 11:14 PM said...

den suka streamyx jer

P/S : Kenapa Nama Awak Macam Nama Perempuan?

Aqila Safuan on December 16, 2010 at 11:33 PM said...

rasanya semua lembap.haiiiii =.=

Anonymous said...

saya guna streamyx 384kb hnya byr rm38... ridzie.wapath.com

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal