Tuesday, January 18, 2011

Blackberry menapis laman porno di Indonesia.

Akhirnya RIM (Research in Motion) pengeluar Blackberry bersetuju mematuhi undang-undang dengan menapis laman-laman porno di Indonesia. Kerajaan Indonesia pernah mengugut akan memansuhkan perkhidmatan Blackbbery sebelum ini. Selain dari persetujuan menapis laman porno itu juga, beberapa perkara yang tidak dinyatakan.

Perjanjian ditandatangani diantara pengarah urusan RIM asia tenggara Gregory Wade didalam pertemuan diantara dan Pegawai kanan menteri komunikasi dan penerangan Indonesia.

RIM memohon untuk jangkamasa 100 hari atau 21 January bagi melaksanakan proses penapisan laman-laman porno tersebut.

Disamping itu juga pihak RIM diminta membuka pusat data dinegara tersebut bagi tujuan pemantauan keselamatan negara, serta pusat khidmat selepas jualan bagi penggunanya. Pengguna Blackberry di Indonesia kini mencecah 3juta.

Kenapa hanya blackberry, tidakkah jika mengguna talipon pintar lain masih boleh melayari laman lucah atau porno?..jawapannya lebih dari itu yang melibatkan tahap keselamatan serta ahli politik negara tersebut bukan sahaja di Indonesia malah Amerika Syarikat sendiri dan dimana jua negara yang menggunakan perkhidmatan Blackberry.

Semoga negara kita tidak mengikuti tindakan kerajaan Indonesia dan menggunakan mekanisma pemantauan yang berbeza.

3 comments:

garfield88_aini on January 18, 2011 at 12:51 AM said...

sy sokong entry nie...bagus...!!!

zurena on January 18, 2011 at 9:21 AM said...

kerajaan malaysia bila lagi....

sukahaha on January 19, 2011 at 5:13 PM said...

kalau 3 juta yang tak guna benda tu mesti ruginya hehe..

jemput sini yer
blog Matdin

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal