Tuesday, January 25, 2011

Le Tour de Langkawi 2011: Anuar Manan mula tunjuk belang.


Bukan riak tetapi itulah hakikatnya kini di Peringkat ketiga, idola lumba basikal lebuhraya negara menduduki tangga kedua dan berkongsi mata dengan pemenang tempat pertama A.Guardini. Diperingkat Asia masih Anuar adalah jaguh. Semoga berkekalan prestasi beliau bagi mengharungi peringkat yang berikutnya dan memenangi secara keseluruhan.
Terpancar keriangan diwajah bukan hanya Anuar sebagai pemenang kedua peringka ketiga dari Taiping ke Sitiawan, tetapi semua rakyat malaysia yang mengikuti perkembangan Le Tour de Langkawi.

Bangganya tidak terhingga apabila melihat ada dikalangan pelumba negara yang berada dikelompok hadapan. Memang masih terlalu awal kerana banyak lagi peringkat yang akan mereka tempuhi, lebih lebih lagi pendakian di Genting Highland yang kebiasaannya menjadi pengubah segala keputusan. Semoga Impian setiap pelumba dan rakyat Malaysia keseluruhan agar ada dikalangan pelumba negara beroleh selaku Johan keseluruhan, tidak hanya terbaik bagi kategori Asia.


2 comments:

r-mean on January 27, 2011 at 12:01 PM said...

bannga jugak..
arap2 dapat jersi biru

hans on January 27, 2011 at 2:29 PM said...

moga anuar manan dapat mengekalkan prestasi terbaiknya

Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal