Saturday, January 15, 2011

No more book but iPad.


Bukan lagi hayalan atau imagenasi kerana sudah menjadi kenyataan kerana di Singapura, empat buah sekolah telah memulakan projek perintis ini. Pelajar hanya membawa sebuah iPad kesekolah bagi menggantikan buku teks dan buku tulis. jika selama ini kebanyakan dari kita sebagai ibu bapa merintih kerana melihat bebanan jumlah buku teks dan buku tulis yang dibawa oleh anak-anak kita kesekolah, mungkin didalam waktu yang terdekat ini hanya membawa sebuah komputer riba atau tablet sahaja.

Berikut adalah berita yang diperolehi:

Empat sekolah di Singapura mula mengedarkan peralatan iPad Apple kepada pelajar dalam usaha membebaskan mereka daripada bebanan membawa buku teks dan nota.

Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang membelanjakan kira-kira RM320,500 membeli 50 unit iPad untuk 140 pelajar serta 10 guru dalam projek percubaan berkenaan.


Pengguna iPad diberi kemudahan sambungan ke Internet untuk memuat turun bahan bacaan dan pembelajaran yang diperlukan.


Ia turut digunakan sebagai tempat catatan serta latihan.


Pelajar sekolah itu, Chloe Chen, 14, berkata kemudahan itu sangat praktikal baginya.


“Guru hanya menyatakan laman sesawang tertentu untuk kami layari dan serta-merta proses pembelajaran dapat dijalankan,” katanya.



Dekan kemasukan sekolah berkenaan, Seah Hui Yong, berkata iPad dipilih kerana ia sesuai dengan kaedah pembelajaran terkini.



Pelajar juga, katanya, lebih bebas belajar sendiri berbanding terpaksa bergantung kepada guru semata-mata melalui pembelajaran konvensional.


“Ia bukanlah kerana alat itu, tetapi disebabkan kelebihan yang ada padanya.



“Jika nanti ada alat lain yang lebih baik, kami akan beralih menggunakannya pula,” katanya.




Selain Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang, turut menggunakan iPad adalah Sekolah Menengah Tampines, Sekolah Rendan Nanhua dan Sekolah Menengah Dunman. - Reuters


Bayangkanlah teknologi masa hadapan dimana anak-anak diperingkat tadika lagi telah diasuh menggunkan teknologi berasakan komputer. Sebagai ibu-bapa alaf baru, kita perlu bersedia kepada apajua perubahan didalam teknologi pembelajaran anak-anak kita. Teknologi pendidikan melalui IT ternyata berkesan impak kepada kecemerlangan anak-anak, namun harus disusuli dengan bimbingan dan panduan, tidak lupa jua pemantauan dari ibu bapa sendiri.

Kita akan mungkin melihat tugas seorang guru lebih mencabar kerana pelajar lebih peluang untuk mendapatkan maklumat terkini atau jika tiada kerjasama guru serta ibu bapa dirumah maka lain pula ceritanya. Walau bagaimanapun kita perlu melihat dari sudut positif bahawa teknologi pendidikan masa hadapan kearah teknologi IT bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan terbaik. Jadi...apakah peranan kita sebagai ibubapa bagi menentukan tahap keselamatan mereka belajar?

2 comments:

Laman Teman on January 15, 2011 at 12:36 PM said...

semakin lama semakin canggih dunia ni....mcm2 gadget dibuat...

iMesra on January 20, 2011 at 11:35 AM said...

Nice gadget, good article about that.

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal