Sunday, January 9, 2011

YTL communications: Liputan 4G kesemua Universiti Tempatan

YES.my, pengendali internet dengan suara mobil 4G bercadang meluaskan liputannya kesemua university awam tempatan serta Institusi pengajian tinggi awam tempatan didalam tahun ini.

Didalam kenyataannya,YTL Communications menyatakan Universiti Sains Malaysia (USM) Penang, telah menjadi satu satunya universiti didalam negara yang berjaya dibekalkan sepenuhnya teknologi 4G.

USM dengan keluasan 240 hektar kampus utama telah diliputi komunikasi data dan suara  teknologi 4G sepenuhnya dan 20,000 pelajar boleh mengakses  tanpa wayar jalurlebar 4G.

USM merupakan yang pertama diantara 20 Universiti Awam didalam negara yang dibekalkan Teknologi 4G oleh YTL Communications melalui program inisiatif rakan kongsi pendidikan bersama dengan Universiti dan institut pendidikan tinggi didalam negara.


Sumber - Bernama.

3 comments:

hans on January 9, 2011 at 2:36 AM said...

dulu2 den ingat YES nih apa
iklan dia asyik muka orang senyum jer
rupa2nya internet 4G
hehehee

P/S : Siapa Yang Pernah Pergi Brunei? Apa Yang Seronoknya Di Sana?

NadiRah on January 12, 2011 at 11:09 PM said...

dekat UTM, skudai dah bina pencawang pon..maybe stat tahun ni jugak..

Nur Hani on January 17, 2011 at 6:32 PM said...

kan best kalau USM tukar jd UMS :) mmg gembira lah ddk blaja sini, as of now, xde changes in 3g or whatsoever. Broadband selambat mugkin, kalau boleh, xnak jalan lgsg =__="

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal