Thursday, February 10, 2011

Belajar secara "MAYA" di sekolah di Terengganu.

Murid di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga mengikuti pelajaran menggunakan teknologi maya.
Credit to Bernama

Bulan July 2010, saya ada menulis berkenaan menguasai ICT didalam pembelajaran harian serta pelajar di singapura menggunakan iPad bagi menggantikan buku. Kini benar-benar bukan hayalan kerana dinegara kita sendiri telah mula projek perintis bagi menrealisasikan bahawa disuatu hari nanti pelajar kesekolah hanya dengan laptop, netbook atau iPad sahaja. 

Terengganu menjadi negeri pertama didalam negara ini menggunakan e-Book dan teknologi MAYA didalam sistem pembelajaran disekolah rendah. Tiga buah sekolah dinegeri ini telah dipilih sebagai peneraju menggunakan teknologi MAYA sepenuhnya. Guru tidak lagi menggunakan Papan hitam atau papan putih untuk mengajar dan murid hanya menggunakan netbook menggantikan buku. 

SMARTBOARD yang menggantikan papan hitam atau papan putih dilengkapi ciri skrin sentuh dan dihubungkan ketalian Internet dan netbook murid, yang berupaya menukar sesuatu halaman dan mengesan kesilapan pelajar.

Perojek yang menelan belanja RM25,00 hingga RM30,000 bagi setiap kelas MAYA dan bergantung kepada
kemudahan sediada dan akan diperluaskan lagi secara berperingkat kesekolah lain. 

Salah satu sekolah yang memulakan projek ini secara langsung adalah sekolah Kebangsaan Paya Bunga. Memang anak-anak ini bertuah kerana diberikan pendedahan awal menggunakan teknologi pembelajaran terkini. Jika sekolah anak-anak kita tiada kemudahan seperti ini, apa yang harus kita lakukan, cuba klik ini.

1 comments:

sumanje on February 11, 2011 at 3:49 AM said...

Berkunjung malam sahabat

...jemput singgah ye..
blog baru su manje..

http://poemsumanje.blogspot.com/

Thanks...

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal