Saturday, February 12, 2011

Krisis Mesir: Hosni Mubarak umum letak jawatan.

Akhirnya sebuah penantian dan kejayaan seluruh warga penentang Hosni Mubarak, kerana pengumuman  perletakan jawatan Hosni Mubarak sebagai presiden Mesir setelah 30 tahun memerintah Mesir. Berita ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh seluruh rakyat Mesir yang menentangnya terutama yang berada didataran Tahrir ( Tahrir Square ).

Kini tampuk pemerintahan diambilalih  oleh pihak tentera sehingga satu proses piliharaya akan diadakan secepat mungkin. Apakah dengan kemenangan dipihak rakyat yang menentang pemerintahan beliau maka keamanan akan pulih sepenuhnya tanpa ada lagi tunjuk perasaan dan rusuhan lagi di Mesir? Sebagai saudara seagama hanya dapat mendoakan agar keamanan segera pulih dan kesejahteraan buat seluruh rakyat Mesir.

Semoga Medan Tahrir ( Tahrir Square ) tiada lagi berlaku pertumpahan darah dan menjadi sejarah hitam bukan sahaja buat rakyat Mesir dan menjadi iktibar buat seluruh pemimpin Umat Islam dimana jua. Dengarlah suara Rakyat kerana rakyatlah lahirnya anda sebagai pemimpin. Apabila sudah muak dan jelak dengan pemimpin maka kemarahan sudah tidak dapat dibendung lagi, walaupun terpaksa berkorban jiwa dan raga. Iktibar buat pemimpin dunia islam dimana jua termasuk dinegara sendiri, sedangkan sebuah negara yang diperintah seorang diktator boleh tumbang, apalagi sebuah negara yang mengamalkan sepenuhnya "DEMOKRASI". Setiap pemimpin adalah dipilih oleh rakyat, jika gagal melaksanakan tanggung jawab maka rakyat berhak mengambilnya kembali dengan apa jua cara.

Harapan agar apajua yang berlaku di Mesir tidak akan merebak kenegara sendiri dan saya yakin jika setiap pemimpin menjalankan kewajipan mereka kepada rakyat maka wabak " TAHRIR SQUARE" tidak akan merebak ke "MERDEKA SQUARE"...InsyaAllah.

8 comments:

areripe on February 12, 2011 at 2:47 AM said...

Insyallah negara kita tak jadi camni sebab pemimpin kita masih berkaliber dan tak bodoh macam pemimpin Mesir ni.
Peace!

Mikeon9 on February 12, 2011 at 3:59 AM said...

mubarak turun pun, tentera mubarak n naib "mubarak" ada lagi. sama je. rasa maybe tak ada berubahnye.

My recent post: Busy ke sombong?

husniah zaimah on February 12, 2011 at 4:46 AM said...

alhamdulillah. krisis berakhir

ibnuyassir on February 12, 2011 at 2:15 PM said...

Ar Rayah World News

Mubarak Berundur, Khilafah Akan Kembali

http://ibnuyassir.blogspot.com/

RuSh D on February 13, 2011 at 6:47 PM said...

jatuh gak musuh dlm selimut nie..

Dhana/戴安娜 on February 14, 2011 at 9:40 PM said...

salam sahabat
masih panas dengan mubarak yach?maaf telat ya

Mohamad Suffian on February 14, 2011 at 11:28 PM said...

harap lepas ni mesir kembali aman..

Yastro on February 15, 2011 at 1:38 PM said...

elok sangat la tu...bak kata tun M..."dah lamaa dahhh"...

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal