Wednesday, February 16, 2011

Rakyat Malaysia belanja RM4.5 billion setahun untuk telepon mudahalih.


Tanpa kita sedar, rupa-rupanya rakyat kita membelanjakan begitu banyak untuk mengikuti perkembangan teknologi semasa telepon bimbit, lebih-lebih lagi dengan kebanjiran teknologi telepon pintar. Memang ramai diantara kita yang terkejut, namun itulah realitinya.

KUALA LUMPUR: Lebih 7.5 juta telefon mudah alih bernilai lebih RM4.5 bilion dijual di Malaysia tahun lalu. 

Menurut kenyataan syarikat penyelidikan pemasaran, GfK Malaysia, ia adalah peningkatan 24 peratus unit telefon dan peningkatan 30 peratus nilai keseluruhan industri berbanding 2009.


Pengurus Besar GfK Malaysia, Jennifer Chan, berkata telefon pintar adalah penyumbang utama kepada peningkatan prestasi industri itu.
Katanya, sejak awal tahun lalu, nilai jualan telefon pintar meningkat setiap bulan dan menguasai 72 peratus daripada keseluruhan jualan telefon menjelang Disember. 

"Pergerakan yang lebih meluas dan keperluan untuk berhubung bagi melaksanakan kerja dan tujuan lain adalah sebab peningkatan pemilikan telefon pintar. Kami menjangka jualan telefon pintar terus meningkat tahun ini dan seterusnya," katanya. - BERNAMA 

2 comments:

fariza fauzi on February 18, 2011 at 11:16 AM said...

rakyat msia mmg kaya...**ngeee

nuriz on February 18, 2011 at 11:26 AM said...

saya belanja sikit je heheh

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal