Tuesday, February 1, 2011

Situasi Di Mesir dan keangkuhan Hosni Mubarak.


Melihat kepada perkembangan yang berlaku di Mesir kini, ternyata sekuat mana kuasa pemerintahan  sesebuah negara itu tidak mungkin mengatasi kekuatan desakan kuasa rakyat yang mahukan perubahan. Sekian lama bersabar akhirnya tahap kesabaran tidak dapat dibendung lagi untuk menumbangkan regim Hosni Mubarak, kebetulan namanya lebih kurang sama dengan nama penulis tetapi tahap pemikiran nya tidak sama.

Kita tidak mengetahui tahap keselamatan warga negara kita disana kerana semua talian talipon diputuskan, yang terkini stesen television Aljazera ditutup operasinya. Berkemungkinan tidak mahu sebarang berita sampai kedunia luar melalui pihak ketiga, hanya media kerajaan sahaja. 

Jika penulis berada dinegara mesir sekalipun, penulis akan menyatakan Regim Hosni Mubarak adalah kejam kepada rakyatnya serta saudara seagamanya. Saudara seagama di Palestin yang sepatutnya dibela dan diberi perlindungan, tetapi beliau lebih rela bersekongkol dengan regim yahudi melihat saudaranya dibumi Palestine ditindas. Masih dalam ingatan kita peristiwa mavi marmara serta kapal Rachel Corrie yang ditahan oleh tentera Israel didalam missi menghantar bantuan kemanusian ke Palestin sehingga sembilan nyawa melayang. Semuanya gara-gara kerajaan Mesir enggan membuka pintu sempadannya kepada bantuan kemanusiaan ke Palestin. Terowong yang dibena oleh penduduk Palestin bagi membawa bekalan keperluan harian juga turut diBom. Adakah Hosni Mubarak yang wajahnya begitu bengis tetapi kerana tiada T.....T maka lembik dan longlai apabila berhadapan dengan Israel.


Bukan mahu mencampuri urusan negara orang lain, namun tiada istilah pemerintahan Diktator lagi dimuka bumi ini. Mubarak harus melakukan sesuatu untuk Negaranya serta saudara seagamanya. Beliau mungkin dianggap angkuh dan berhati besi, kini merasakan tekanan dari rakyatnya dengan membubarkan kabinet dan melantik kabinet yang baru. Namun bukan penyelesaian segalanya kerana tembok benteng pemerintahan nya tidak lagi mampu menangkis gelora revolusi majoriti rakyatnya.

Semoga segala ini bakal berakhir dengan segera, tanpa pertumpahan darah kerana seseorang yang bergelar "DIKTATOR". Semoga tidak berlaku kejadian seperti ini di negara kita dan sentiasa memelihara persaudaraan sesama agama dan keharmonian sesama manusia dimuka bumi ini.

4 comments:

AMMAR YASIR on February 1, 2011 at 2:55 AM said...

Mubarak si kejam...

MULAN on February 1, 2011 at 2:36 PM said...

moga nasib mereka yang tertindas akan terbela..

Mohamad Suffian on February 1, 2011 at 9:44 PM said...

kejam...

sabri on February 5, 2011 at 10:02 PM said...

Mubarak tirulah Mahadhir... "Dah lama dah..."

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal