Friday, February 4, 2011

Terkini dari Mesir : pertempuran antara penyokong dan anti Mubarak.


Alhamdulillah, apabila melihat kumpulan pertama sampai ketanair biarpun jumlahnya hanya 120 sahaja. Penulis baru sahaja pulang dari majlis Solat Hajat untuk keselamatan dan dijauhkan mara-bahaya kepada anak-anak serta saudara pelajar di bumi Mesir. Ada 8 orang anak-anak ditempat saya yang melanjutkan pelajaran ke University Al Azhar di Mesir. Syukur kehadrat ilahi juga kerana hari ini Blog ini telah boleh diakses dari bumi bergolak Mesir, maknanya internet sudah boleh beroperasi disana. Apalah daya kita sebagai manusia biasa, selain memohon serta berserah kepada Allah jua, disamping tidak lupa berusaha mencari jalan penyelesaian. Didalam keadaan tegang begini apa yang penting adalah kesabaran yang tinggi amat perlu, kerana dengan kesabaran kita bisa memikirkan apa jua tindakan yang wajar dilakukan.
Doakan setiap masa agar anak-anak serta saudara mara seagama, serantau kita yang menuntut disana dilindungi setiap masa dan ketika,dapat diselamatkan dan pulang ketanahair dengan selamat.
Status pengunjung hari ini menunjukkan ada pengujung dari Mesir.Egypt

Masih dengan perkembangan terkini dari Wisma Putra.


SITUASI TERKINI DI MESIR SERTA LANGKAH SUSULAN.

Situasi terkini di Mesir bertambah tegang berikutan keganasan dan pertempuran yang tercetus di antara penyokong pro - Mubarak dengan penyokong antikerajaan. Pengumuman Presiden Hosni Mubarak untuk tidak bertanding di dalam pilihan raya Presiden pada bulan September 2011 tidak dapat diterima oleh penunjuk perasaan yang terus berdemonstrasi.

 pertempuran diantara penyokong dan anti Hosni Mubarak

Gerakan pemindahan (evacuation) sedang dilaksanakan.

Semua penuntut dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir adalah dilaporkan selamat. Pihak Kedutaan Besar Malaysia terus memantau perkembangan semasa di Mesir dan melaporkan sebarang perkembangan terkini kepada Kementerian Luar Negeri dari masa ke semasa.

Pelajar/rakyat Malaysia sedang berkumpul di tempat-tempat berikut untuk tujuan pemindahan:

·         Kaherah – Jeddah [Tempat berkumpul: Kompleks Haiyyu Ashir dan Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK)];

·         Iskandariah – Jeddah [Tempat berkumpul: Rumah MARA];dan

·         Mansourah – Iskandariah – Jeddah [Tempat berkumpul: Hotel New Mansourah @ 5 Februari 2011.

Sehingga kini, tiga pesawat C-130 Tentera Udara DiRaja Malaysia telah berlepas pada 2 Februari 2011. Pesawat-pesawat lain dijangka memulakan penerbangan mereka pada hari ini, 3 Februari 2011:

i)                    C-130
Tiga pesawat C-130 akan tiba di Jeddah pada 3 Februari 2011 seperti berikut:

-                      4.45pm;
-                      5.55pm; dan
-                      7.28pm

Perkhidmatan ulang-alik (shuttle) di antara Jeddah – Kaherah – Iskandariah akan bermula pada 4 Februari 2011 jam 06.00 pagi kerana enjin pesawat C-130 perlu direhatkan selama 24jam sebelum perjalanan dilakukan.

ii)                  MAS
Pesawat MH8010 (747) telah berlepas pada 9.20am, 3 Februari 2011 dan akan tiba di Kaherah pada 1.45pm. Selepas dua jam di Kaherah, MAS akan memulakan penerbangan ulang-alik (shuttle) untuk seramai 340 penumpang ke Jeddah, yang dijangka pada jam 4.00pm.

iii)                AirAsia

AirAsia X akan tiba di Kaherah pada 12.46pm, 3 Februari 2011 dan akan berlepas dari Kaherah pada jam 2.00pm dengan membawa pelajar dan rakyat Malaysia yang terperangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ke Jeddah.

Pesawat C-130, MAS dan AirAsia akan membawa bersama-sama bekalan makanan dan peralatan perubatan untuk diagih-agihkan kepada rakyat Malaysia di Mesir.   

Kapal Bunga Mas (BM5) sedang melalui Teluk Aden, telah menukar destinasinya dan dijangka berlabuh di Pelabuhan Ain Sukhna, Mesir pada 5 Februari 2011.

Sehingga kini, senarai negara yang telah membawa keluar rakyatnya dari Mesir adalah seperti berikut:

(i)          Jepun – bermula 31 Jan. 2011
(ii)        Indonesia – bermula 1 Feb. 2011
(iii)      China – bermula 31 Jan. 2011
(iv)      India – bermula 31 Jan. 2011
(v)        US – bermula 29 Jan. 2011
(vi)       UK – bermula 2 Feb. 2011
(vii)      Arab Saudi, UAE, Lubnan dan Jordan – bermula 29 Jan 2011
(viii)    Kanada – bermula 1 Feb. 2011

Untuk makluman, perintah berkurung yang dikenakan oleh Kerajaan Mesir di semua bandar raya utama termasuk di Kaherah dan Iskandariah telah dipanjangkan kepada 2.00 petang sehingga 8.00 pagi. Walau bagaimanapun, penunjuk perasaan masih berdemonstrasi di kebanyakan bandar raya utama.

Selain itu semua saluran komunikasi melalui internet/e-mel serta sistem pesanan ringkas (SMS) di kawasan Kaherah, Iskandariah dan beberapa tempat lain masih lagi digantung operasinya oleh Kerajaan Mesir. Walau bagaimanapun, talian telefon bimbit boleh digunakan, tetapi terhad.  

2 comments:

chiLleD...!! on February 4, 2011 at 11:32 PM said...

semoga sume rkyat malaysia selmat..

chiLleD...!! on February 4, 2011 at 11:33 PM said...

dn juga umat islam di sna dn di mana2 pun berada..

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal