Friday, February 18, 2011

Virus menentang kerajaan melanda Dunia Islam di Asia Barat.

Seperti ada virus pemberontakan menentang kerajaan mereka dikalangan negara Islam di Asia Barat dan Utara Afrika ketika ini. Selepas Tunisia dan Mesir kini Yaman, Libya, Iran dan Bahrin pula. Mungkin ada yang tidak kena sehingga ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada atau rakyat sudah bosan dengan pemerintah sekarang.
Penentang kerajaan di Yaman.

Hanya baru berapa hari menyambut maulidur Rasul, menyambut kelahiran junjungan Nabi Muhammad S.A.W..ada benar apa yang dikatakan, kita hanya menyambut kelahiran nya namun gagal mengikut ajaran dan sunnah nya. Kebanyakan kita bersalawat keatas nabi, berjemur ditengah panas dan ada yang berjalan berbatu-batu sambil selawat keatas junjungan nabi Muhammad S.A.W, syabas...namun adakah kita kasih dan sayang  keatas nabi, maka akur akan ajaran dan sunnah nya didalam segala urusan . Bukan menyindir namun mengingatkan diri sendiri kerana  jika gagal melaksanakan apa jua yang dipertanggung jawab kepada kita, maka ini lah yang terjadi...
Penunjuk perasaan di Bahrin.

membakar foto Muammar Gaddfi di Libya.

Iran tidak terkecuali menentang kerajaan Mahmoud Ahmadinejad.

Harus berfikir sebelum apa jua kemungkinan, jika hilang sifat sabar maka amat  senang berlaku perkara seperti ini dimana jua negara Islam yang lain. Ada dua kemungkinan samada kerajaan yang memerintah ketika ini bersifat tidak adil dan kejam kepada rakyatnya atau ada pihak yang ketiga yang ingin melihat kerajaan baru yang lebih menyebelah kepadanya. Maka menggunakan inspirasi kejayaan rakyat Mesir menumbangkan serta menghalau Hosni Mubarak dari bumi Mesir, demi untuk pembaharuan bukan caranya di beberapa negara Islam tersebut.

Amerika secara terang terangan menyokong penunjuk perasaan dinegara-negara yang bergolak  ini, kononnya atas dasar " hak asasi manusia ", apakah memang hak mutlak sebagai manusia yang bertamadun perlu melakukan tunjuk perasaan dan rusuhan untuk mencapai satu-satu tujuan. Jawapannya terpulang kepada keadaan semasa senario sesuatu negara itu sendiri. Kita boleh tidak sependapat didalam sesuatu perkara, namun kepentingan negara harus diutamakan. Mengambil inspirasi kemenangan rakyat Mesir menentang Hosni Mubarak bukan cara terbaik di negara islam yang lain, kerana apa yang dilihat sebahagian dari negara tersebut amat dicemburui oleh Amerika dan sekutunya Israel.

Semoga negara kita tetap mengambil iktibar dari apa yang bergolak di Asia Barat kini, namun sebagai menyampaikan rasa tidak puas hati dengan prestasi parti apa jua yang memerintah melalui silent protest vote semasa PRU nanti. Biarkan mereka senyum memperkatakan apa jua yang telah dan akan dilakukan   didalam manifesto pilihanraya, kita jua dengan senyuman tidak mengundi mereka. Formula terkini tanpa tunjuk perasaan dan rusuhan adalah menterjemahkan di kertas undi, jangan sampai virus Asia Barat sampai kesini...

Semoga Allah mengurniakan hidayah kepada semua pemimpin Islam agar benar-benar mengambil iktibar dengan pergolakan di Asia Barat kini dan virus "Pyramid" tidak menular kenegara islam yang lain terutamanya negara kita dan jiran. 


0 comments:

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal