Thursday, March 17, 2011

Kesan Dari Letupan Logi Nuklear Di Fukushima, Jepun.

Ketika seluruh dunia sedang melihat dari jauh musibah yang melanda penduduk Jepun, bermula dengan gegaran gempa bumi berserta Tsunami yang meragut jumlah korban dan hartabenda yang bukan sedikit bilanganya. Kini berdepan pula dengan bahana letupan loji Nuklear pula. Daripada rasa simpati dengan nasib rakyat jepun kini timbul pula kebimbangan dengan pembebasan sisa radiasi akibat dari letupan tersebut.

Persoalan yang timbul disegenap penghuni dunia ini, bahayakah sisa radiasi ini? apakah akan sampai kenegara lain?. Loji Nuklear Fukushima rosak teruk kesan dari gegaran gempa bumi yang melanda Jepun dan kini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, berdepan pula dengan kebocoran sisa radiasi. Ketika letupan berlaku sudah meragut nyawa serta pekerja stesyen jana kuasa tersebut, kini diberitakan penduduk yang tinggal berdekatan dalam lingkungan 10 KM berdepan dengan bahaya sisa radiasi nuklear yang dibebaskan.

Tahap sebaran Radiasi di Fukushima.


Mengikut catatan berita dari IAEA ( International Atomic Energy Agency ), kesan sebaran radiasi di Fukushima Jepun berada ditahap 4, yang hanya kadar sebaran radio aktif berlegar di kawasan letupan sahaja. Tahap yang lebih serius adalah letupan di Chernobyl yang berada ditahap 7 yang merupakan tahap yang paling bahaya didalam sejarah letupan loji nuklear.

Bolehkah radio aktif tersebut tersebar keluar dari kawasan letupan?

Boleh..melalui tiupan angin atau sebarang objek dan bahan makanan yang tercemar dengan kesan radiasi tersebut, nampaknya dalam masa terdekatni tak boleh makan makanan dari jepun lah...

Video Letupan loji nuklear di Fukushima, jepun.

Sekuat mana Tsunami yang melanda jepun?

Jum tengok video ni..




1 comments:

caera puttih on March 17, 2011 at 10:37 AM said...

...nauzubillah..
semoga semua orang di jepun..dilindungi....

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal