Monday, April 18, 2011

Berhati hati membeli Nokia dan iPhone 4.


Penggunaan telefon bimbit jenama terkini menjadi idaman setiap dari kita, jangan pula menjadi igauan tragedi sehingga terbeli model Nokia atau model kegilaan golongan muda masa kini iPhone 4. Tawaran dengan harga murah memang menarik dan mudah tertarik. Kalau boleh dapatkan dikedai-kedai yang disahkan sebagai agen atau wakil sesuatu jenama itu walaupun harganya sedikit mahal tetapi kita berpuas hati sebagai pengguna. 

Awas jerat penipuan.


KUALA LUMPUR - Satu kumpulan menjual telefon bimbit tiruan tumpas berikutan penahanan sembilan lelaki dan rampasan 73 telefon dan dua buah kenderaan yang kesemuanya bernilai RM111,000 dalam satu operasi di sini hari ini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, Othman Nawang berkata kesemua mereka berumur antara 19 hingga 68 tahun ditahan di sebuah stesen minyak di Gombak ketika sedang asyik menawarkan telefon tiruan kepada orang ramai.

"Kejayaan operasi itu hasil risikan dan maklumat orang ramai sejak tiga minggu lepas. Ketika dihampiri anggota kami, mereka cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap kerana kesalahan menjual barangan tiruan," katanya di lokasi kejadian di sini hari ini.
Dalam pemeriksaan awal, pihaknya menemui 73 telefon bimbit tiruan jenis Nokia dan i-phone4 di dalam poket mereka dan juga dalam dua kenderaan.

Kesemua mereka kini ditahan reman untuk satu tempoh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 1(b) Akta Perihal Dagangan 1972 dan jika disabit kesalahan pemilik premis itu boleh didenda RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali, katanya. - Bernama

2 comments:

Nurul Ashikin on April 18, 2011 at 10:50 AM said...

ouh. thanks 4 d info

mar yanie on April 21, 2011 at 10:35 AM said...

skang ni terlalu byk penipuan..mmg kne survey tmpat2 yg betol untuk beli tepon..:)

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal