Friday, April 22, 2011

E-mail 1 Malaysia : perlukah diwajibkan kepada kita?

Nampak memang gah dan canggih, setiap rakyat malaysia yang lahir akan mempunyai secara automatik akaun email dan berurusan secara On-Line bagi setiap urusan. Seperti kebiasaan lah, ada yang menyokong dan ada yang membantah, masalahnya perlu kah kita berbelanja besar untuk menrealisaikan sebuah impian. Adakah dengan kehadiran satu email akaun kepada setiap penduduk Malaysia akan menaikan martabat serta mencapai wawasan 2020?

Kawasan liputan jalur lebar yang tidak meluas serta tahap perkhidmatan yang masih boleh dipersoal oleh para pengguna harus diambil kira apalagi bilangan komputer bagi seisi rumah serta pemilikan individu masih jauh jumlahnya harus diambil kira. Berapa ramai diantara kita mengetahui serta mahir dengan dunia komputer dan siber? Bukan menentang namun cuba berfikiran terbuka dengan perbelanjaan yang bukan sedikit jumlahnya.

Memang menjadi impian setiap rakyat Malaysia mahukan negara diiktiraf sebagai negara maju pada 2020, namun jangan sampai jurang yang kaya dengan yang berpendapatan rendah begitu ketara jumlahnya. Dengan berdepan keadaan tersebut tiada manafaatnya sepertimana berlaku dinegara-negara barat, yang dianggap sebuah negara maju namun masih ada rakyatnya yang tinggal dibawah jambatan atau merempat. Ada juga sebahagian negara yang maju dibidang IT namun masih ramai rakyat yang terbiar tanpa pembelaan.

Kini berita mengenai akaun Email 1 Malaysia menjadi satu lagi perbincangan serta perdebatan diperingkat parlimen mahupun "persidangan kedai kopi". Berikut berita yang lebih sensasi berhubung dengan Email 1 Malaysia yang lebih menimbulkan persoalan kepada Rakyat.

KUALA LUMPUR, 20 April — Beberapa firma telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam bidaan projek e-mel 1 Malaysia November lalu dan mendemonstrasi persekitaran seratus peratus penyertaan - sekali gus bertentangan dengan kenyataan pentadbiran Najib bahawa penerimaan akaun itu bukan sesuatu yang wajib.
The Malaysian Insider difahamkan indeks petunjuk prestasi utama (KPI) bagi projek itu ialah 50 peratus bagi mereka yang mencapai usia 18 tahun dan ke atas pada 2012 dan ia akan meningkat sehingga seratus peratus menjelang 2015.

Firma yang memperoleh bidaan juga perlu menunjukkan bagaimana pihaknya boleh mencapai 50 peratus pemegang akaun e-mel menggunakan Perkhidmatan Nilai Tambah seperti pembayaran bil atas talian dan pencapaian rekod awam menjelang 2020, demikian menurut satu dokumen diperoleh The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang semalam mengumumkan projek itu awal pagi ini menjelaskan bahawa akaun itu hanya akan dilaksanakan atas dasar sukarela.

“Sebelum saya tidur, biar saya jelaskan bahawa E-mel 1 Malaysia adalah projek sektor swasta. Tiada wang awam akan terlibat dan keseluruhannya adalah sukarela,” tulis perdana menteri dalam mesej Twitter sekitar 12.31pagi tadi.
Penjelasan ringkas beliau muncul beberapa jam selepas kenyataan 

Pemandu, yang turut disebarkan menerusi Twitter untuk meredakan rasa tidak puas hati pelbagai pihak mengenai perkhidmatan terbaru ini.

Petang semalam, kerajaan menjelaskan bahawa ia tidak membiaya projek akaun e-mel 1 Malaysia bagi mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas, malah ia juga bukan sesuatu yang diwajibkan kepada rakyat negara ini.

“Alamat e-mel 1Msia bukan wajib bagi kesemua rakyat Malaysia. E-mel 1 Msia adalah inisiatif diterajui swasta, oleh Tricubes (Berhad), dengan pelaburan daripada syarikat dan bukannya kerajaan,” kata Pemandu menerusi mesej Twitter etp_roadmap.

Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, Pengarah Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur, Perkhidmatan Bisnes NKEA berkata, akaun e-mel, sebahagian daripada penyelesaian digital RM50 juta bagi perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan akan membolehkan mereka yang berminat memiliki satu alamat yang boleh divalidasi bagi memastikan transaksi yang selamat dengan agensi-agensi kerajaan.

Penjelasan Pemandu juga menimbulkan persoalan mengenai aliran Pemandu, yang turut disebarkan menerusi Twitter untuk meredakan rasa tidak puas hati pelbagai pihak mengenai perkhidmatan terbaru ini.


Petang semalam, kerajaan menjelaskan bahawa ia tidak membiaya projek akaun e-mel 1 Malaysia bagi mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas, malah ia juga bukan sesuatu yang diwajibkan kepada rakyat negara ini.

“Alamat e-mel 1Msia bukan wajib bagi kesemua rakyat Malaysia. E-mel 1 Msia adalah inisiatif diterajui swasta, oleh Tricubes (Berhad), dengan pelaburan daripada syarikat dan bukannya kerajaan,” kata Pemandu menerusi mesej Twitter etp_roadmap.

Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, Pengarah Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur, Perkhidmatan Bisnes NKEA berkata, akaun e-mel, sebahagian daripada penyelesaian digital RM50 juta bagi perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan akan membolehkan mereka yang berminat memiliki satu alamat yang boleh divalidasi bagi memastikan transaksi yang selamat dengan agensi-agensi kerajaan.
Penjelasan Pemandu juga menimbulkan persoalan mengenai aliran


Garis panduan dikeluarkan oleh Mampu dan ditunjukkan kepada The Malaysian Insider menunjukkan projek e-mel 1 Malaysia di bawah inisiatif e-kerajaan “adalah bagi rakyat (Malaysia) berusia 18 tahun ke atas, akan dibekalkan akaun e-mel rasmi yang unik dan ID.”

“Ia akan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan nilai tambah seperti pembayaran bil atas talian, carian rekod awam dan lain-lain,” katanya lagi.

Mampu dikatakan telah meminta supaya kesemua lima syarikat yang membida supaya menunjukkan model bisnes menyediakan akaun e-mel kepada 16 juta penduduk yang berusia 18 tahun dan ke atas, membabitkan transaksi atas talian yang jumlahlah mencecah beberapa trilion.

Malah Mampu juga mahu syarikat-syarikat terbabit memastikan penggunaan Perkhidmatan Nilai Tambah adalah 15 peratus bagi kesemua pengguna berdaftar pada 2012, 30 peratus tiga tahun kemudian dan 50 peratus menjelang 2020.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi, Ketua Eksekutif Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar mengulangi bahawa “projek e-mel 1 Malaysia adalah inisiatif pembiayaan swasta dan oleh itu, ia digerakkan oleh sektor swasta.”

Katanya, projek itu akan menawarkan “perkhidmatan-perkhidmatan e-kerajaan yang berpusat seperti pemakluman atas talian dan penyata bil digital daripada agensi-agensi kerajaan.”

“Sementara buat masa sekarang, kami tidak dapat mendedahkan kesemua  butiran model bisnes kami bagi projek e-mel 1 Malaysia sekarang memandangkan syarikat ini disenaraikan di Bursa Malaysia, Tricubes telah menggariskan strategi-strategi utama untuk memastikan daya maju komersial termasuk pengiklanan dan transaksi e-perkhidmatan masa depan.

“Ujian persendirian sedang dilaksanakan sementara kami bersedia ke arah persediaan sistem (keseluruhannya),” kata Khairun.

Bagaimanapun kenyataan beliau tidak menyentuh soal status syarikat itu, yang berhadapan masalah pematuhan peraturan kewangan dan kemungkinan dibatalkan penyenaraian, yang menjadi perhatian Bursa Malaysia.

1 comments:

nuriz on May 20, 2011 at 6:12 PM said...

tak perlu.pendek je jawapan

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal