Monday, April 18, 2011

Penipuan Siber: RM5,000 lesap


Apalagi yang ingin diperkatakan apabila menerima e-mail yang menyatakan akaun bank anda akan dibekukan jika tidak dikemas kini, apa yang harus anda lakukan. Bukannya memberikan butir-butir peribadi dan akaun anda kepada sesiapa sahaja walaupun ada pihak yang mengaku dari pihak Bank. Anda boleh mengemaskini akaun anda di laman web Bank tersebut secara on-line tanpa memerlukan pihak ketiga atau pihak yang mengaku pegawai bank. Mobile Banking merupakan trend terkini namun harus berhati-hati dan menjadi tanggungjawap individu pemegang akaun itu sendiri menjaga keselamatan akaunnya didalam bank. Langkah keselamatan dari pihak bank memang telah sedia ada, dari nombor PIN, password serta pengesahan transaksi melalui khidmat pesanan rengkas (SMS) namun keselamatan yang terakhir adalah ditangan anda jua. Nombor telefon pihak bank hendaklah sentiasa berada didalam talifon bimbit, jika beratus nombor yang tidak perlu kita simpan didalam telefon bimbit kenapa tidak disimpan nombor yang tidak kurang penting kepada kita.

berikut adalah berita dari harian metro mengenai kejadian tersebut:


KLANG: Gara-gara percaya e-mel yang mengatakan akaunnya di sebuah bank bakal dibekukan, seorang wanita berputih mata apabila wang simpanan RM5,000 dipindahkan ke akaun lain tanpa pengetahuannya.
Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Ayu, 29, berkata dia menyedari wang dipindahkan ke akaun lain apabila menerima SMS pengesahan daripada pihak bank.


Dia yang cemas membuat laporan polis serta menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan bank berkenaan untuk membuat pengesahan sama ada wang dalam akuannya dipindahkan ke akaun lain.

Ayu berkata, sebelum kejadian dia menerima e-mel daripada pihak yang mengaku wakil bank berkenaan dan memintanya mengemas kini maklumat peribadi supaya akaun simpanannya tidak dibekukan.


“Khuatir perkara itu, saya membuka pautan yang terdapat dalam e-mel terbabit dan memasukkan alamat e-mel dan kata laluan seperti diminta.



“Laman web itu sama dengan laman web rasmi bank berkenaan. Jadi, saya tidak mengesyaki apa-apa yang pelik pada laman web itu.

2 comments:

Rama2Ungu on April 19, 2011 at 9:50 AM said...

tak payah nak percaya dari emel kata akaun nak dibekukan kan, nak update dan sebagainya..bt tak tau je..sbb nya phak bank takkan berurusan dgn kita melalui email...
n antara cara nak tau perkara tu betulke tidak, cek link yg diorg bagi tu..

lmn web mungkin sama, tapi link takkan sama..itu apa yg sy tau la. dan alamat emel pengirim tu jugak akan berbeza..

geram on April 23, 2011 at 12:12 PM said...

macam2 yg kes jd skng ni..semakin teruk..

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal