Thursday, April 7, 2011

SalamFone berkonsepkan pra-bayar Syariah.

Satu lagi  syarikat komunikasi terkini dinegara ini, SALAM Fone Sdn. Bhd. menawarkan perkhidmatan komunikasi berasaskan Syariah kepada pengguna. 

Majoriti pengguna mahukan perkhidmatan yang berasakan syariah, tetapi sejauh manakah SalamFone menerapkan konsep Syariah didalam perkhidmatannya, masih menjadi tandatanya. Apa yang berlegar dibenak pemikiran adalah jika perkhidmatan prabayar, mampukah SalamFone menyatakan secara terperinci setiap panggilan yang dilakukan oleh penggunanya atau sekadar membuat pemotongan kredit mengikut kaedah konvensional syarikat komunikasi yang lain. Bukan memperkecilkan kaedah ini kerana sebagai umat islam, sememangnya serius dahagakan segalanya berdasarkan kaedah syariah dan mematuhi kehendak agama.

SalamFone telah mula dipasarkan kepada umum diKuala lumpur dengan menggunakan nombor bermula dengan 0106, dikatakan akan berada dipasaran seluruh negara pada penghujung tahun ini.

Pengguna diKuala terengganu telah menikmati prabayar ini pada 29 mac, Kelantan 2 April dan Kedah pada 4 April, bagi negeri selainnya nantikanlah kedatangannya.

Bagi setiap satu panggilan yang dibuat, 1 sen akan didermakan kepada rumah kebajikan yang terpilih.

Mungkin ketika ini wakil SalamFone berada disekitar kawasan anda, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan keterangan lebih jelas lagi.




2 comments:

Salamfone on April 11, 2011 at 4:44 PM said...

Jika berminat dengan salamfone hubungi kami:


http://www.facebook.com/pages/Salamfone-Selangor/163569983701662

Anonymous said...

harga mahal and mana ada telepon prabayar secara islam. itu gimik jualan

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal