Monday, May 9, 2011

Kenapa Osama Bin Ladin harus dibunuh?

Sejak peristiwa 9/11 lagi, Amerika beria benar untuk menghapuskan Osama Bin Ladin dari muka bumi ini. Walaupun sehingga kini US masih gagal membuktikan serta meyakinkan seluruh dunia bahawa Osama dan rangkaian Al-Qaeda adalah dalang disebalik tragis tumbangnya menara berkembar yang mengorbankan ribuan nyawa serta ribuan yang lain tercerdera. Jika dilihat, hebat benar Osama dan kumpulan pimpinannya berbanding dengan rumah serta peralatan yang digambarkan ditempat pembunuhan beliau. Tidak kelihatan satupun peralatan komunikasi canggih yang membolehkan beliau berhubung dengan anggota beliau yang berada di luar negara, hanya yang dunggu sahaja boleh dibohongkan tetapi bukan kami.

Apakah reaksi penduduk dunia berhubung dengan pembunuhan Bin Laden?
Adakah penduduk di Abottabad bersyukur atau mendoakan semoga roh Osama ditempatkan disamping para syuhada disisi Allah.
Protes dan tujuk perasaan dikalangan penduduk Pakistan.
Reaksi dari rakyat Mesir.

Reaksi diLebanon.

Bantahan penduduk Islam di London.

Penduduk Islam Di Philiphina tidak ketinggalan membantah tindakan kejam Amerika.

Rakyat Amerika terus berpesta meraikan kematian Bin Laden, tetapi kenapa sebenarnya Osama Bin Laden harus dibunuh?


Kesan dari pembunuhan Osama Bin Laden, peratusan yang menyokong Obama naik mendadak. Obama yang semakin pudar kehebatan serta auranya sebagai Presiden Amerika Syarikat tercari-cari formula untuk mendapat sokongan rakyat, Tidak dapat tidak meneruskan legasi kepimpinan sebelumnya dengan mereka sesuatu perkara yang menarik perhatian rakyat.

Siapa sahaja yang dianggap musuh rakyat Amerika yang berjaya dibunuh, maka naiklah populariti presiden tersebut dan sudah tentu menyambung ke satu penggal lagi perkhidmatannya.Itulah realiti seorang pemimpin yang mahu mengekalkan kuasa sehingga sanggup membunuh sesiapa sahaja yang dianggap musuhnya dan negaranya. Biarpun menyentuh hati dan perasaan manusia lain, asalkan tercapai segala cita-cita.




0 comments:

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal