Thursday, May 19, 2011

NUR Alert - terkini bagi hebahan kanak-kanak hilang.




Sebagai warganegara yang prihatin terhadap kanak-kanak yang dilaporkan hilang, pemberi perkhidmatan selular akan mengedarkan satu perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) kepada setiap pengguna bagi mendapatkan persetujuan pengguna terhadap penerimaan hebahan kanak-kanak yang hilang. Hebahan akan dibuat melalui perkhidmatan pesanan multimedia (MMS) yang mengandungi imej dan identiti kanak-kanak terbabit.

Pewujudan sistem amaran awal kehilangan kanak-kanak yang dikenali sebagai NUR (National Urgent Response) Alert merupakan inisiatif kerajaan yang dipengerusikan oleh Polis DiRaja Malaysia bertujuan memastikan setiap kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke bawah mendapat perlindungan daripada pengabaian, keganasan dan eksploitasi.

Hebahan NUR Alert tersebut akan disebar dengan kadar yang segera sekaligus membantu pihak penguatkuasa menjalankan risikan dan tangkapan dengan pantas. Namun begitu, pengguna hendaklah terlebih dahulu memilih untuk menerima hebahan NUR Alert melalui SMS yang bakal diedarkan oleh pihak pemberi perkhidmatan selular masing-masing.

Bagaimana mendaftar NUR Alert melalui khidmat sms, sila rujuk dibawah:

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web SKMM di www.skmm.gov.my

                                            Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
                                                            Off Persiaran Multimedia
                                                            63000 Cyberjaya, Selangor
                                                            Tel:    +603 86 88 80 00
                                                                  +603 22 72 66 66
                                                                Fax:    603 86 88 10 06
                                                        Talian Percuma:    1 800 888 030
                                                                 www.skmm.gov.my



0 comments:

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal