Tuesday, May 31, 2011

Tarif Elektrik Naik 7% mulai 1 June.


Adakah berita ini menggembirakan kita walaupun dikatakan tidak melibatkan sebahagian besar 75% pengguna elektrik seluruh negara? Purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 Kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kW sejam daripada 31.31 kW sejam pada hari Rabu, 1 Jun.



Kadar kenaikan 7.12% tidak dapat dielakan lagi memandangkan harga pasaran gas asli dunia yang menjadi penjana tenaga yang melambung tinggi. Kenaikan tarif elektrik itu juga melibatkan semakan tarif asas Tenaga Nasional Bhd iaitu kenaikan sebanyak dua peratus atau 0.63 sen/kWj daripada kadar purata tarif semasa.

Dianggarkan 75% mewakili 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak akan mengalami kenaikan bil elektrik bulanan selagi mengekalkan penggunaan elektrik pada kadar 300kWj sebulan atau kurang.

Sementara bagi pengguna komersial voltan rendah seperti peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil penggunaannya juga tidak melebihi 200kWj sebulan, katanya, kadar kenaikan maksimum 6.2 peratus atau RM4.60 sebulan.

Sejauhmanakah faedah yang dapat dirasai oleh sebahagian besar 75% pengguna yang berada dibawah penggunaan 300kW sebulan? Memang menjadi trend pengeluar, pengilang atau penjual menggunakan apa jua kenaikan sebagai alasan bagi menaikan apa jua barangan keperluan. Sebagai contoh minyak naik 10sen/Liter tetapi barang keperluan juga dinaikan 10 sen/Kilo, apa kena mengena dengan seliter minyak dengan sekilo gula. Satu kilo gula untuk satu lori penghantaran ke?
Apa jua akan terlibat dengan kenaikan harga, apa pula tindakan kita tanpa mengharapkan kerajaan yang memang tidak akan berupaya menangani isu kenaikan harga barangan, susah juga nak jawap. Bukan pula menidakkan usaha kerajaan, namun kita harus berusaha menanganinya dengan cara kita sendiri serta berhemah, tingkatkan pendapatan?....Bagaimana pula?


0 comments:

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal