Monday, May 23, 2011

Tragedi Tanah Runtuh di Hulu Langat.

Sedih dan menyayat hati kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia dan seluruh dunia yang perihatin dengan tragedi tanah runtuh di rumah kanak-kanak yatim Al-Taqwa di Hulu Langat, Selangor. Mengorbankan 15 kanak-kanak lelaki berusia diantara 8 hingga 18 tahun dan seorang penjaga mereka berusia 33 tahun pastinya ditangisi oleh kaum keluarga terdekat mahupun jutaan rakyat yang bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka ini.

Tujuh dari mangsa kejadian telah dikebumikan didalam satu liang lahat diTanah Perkuburan Islam Dusun Nanding diHulu Langat, manakala selebihnya dikebumikan diperkampungan masing-masing.Mereka ialah Dzahir Haziq Mohd. Muin, 18; Mohd. Azret Azahari, 8; Wan Ahmad Hasril Hazim, 11; Muhammad Naerzeim Mohd. Noor, 8; Mohd. Zaid Azahari, 14; Mohd. Iman Fahad, 9, dan Muhammad Hazim Sapree, 10.

Menurut pasukan Bomba, mangsa tertimbus oleh tanah runtuhan sedalam 3 hingga 4 meter.

Wajar bagi kita mengambil ikhtibar dari kejadian ini tanpa menunding jari kepada sesiapapun, Qada' dan Qadar telah ditentukan dan sudah tentunya Tuhan amat menyayangi diri anak-anak ini, semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman. 


Jika merujuk kepada pakar kecerunan dari Jabatan Kerja Raya, punca sebenar runtuhan tanah tersebut adalah kerana kadar kecerunan 70 darjah melebihi kadar kecerunan yang selamat, ditambah lagi dengan kandungan pasir yang banyak didalam tanah serta kandungan air yang tidak dapat ditampung bebanannya oleh tanah. Dari itu siapa yang harus dipersalahkan tidak penting lagi kerana akhirnya kesalahannya adalah dari manusia itu sendiri. 
 

2 comments:

ummiprincesses on May 25, 2011 at 11:42 AM said...

al-fatihah buat mereka yang pergi

haziq98 said...

al-fatihah kepada adik saya Wan Ahmad Hasril...

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal