Satu Penghormatan kepada warga Felda Segi Tiga Jengka dengan pengistiharan Bandar Pusat Jengka kepada Bandar Tun Abdul Razak bersemperna Hari Peneroka FELDA 2011 pada 7/7/2011 oleh anakandanya Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dikelilingi persekitarannya oleh 25 gugusan felda Jengka serta 6 lagi felda yang berhampiran, bandar Tun Abdul Razak ini ditadbir oleh Majlis Daerah Maran.
Sesuai dengan pengorbanan serta usaha murni yang tidak mengenal lelah oleh Bapa pembangunan negara ini, memang bersesuaianlah rasanya nama Tun Abdul Razak diabadikan ditempat beliau bertungkus lumus memajukan satu kawasan hutan tebal disatu ketika dahulu, walaupun penulis adalah anak peneroka felda namun tiada berkesempatan merasai kenikmatan berada disuasana felda pada masa mula-mula dibuka dahulu.
Bagi generasi pertama Felda, siapa yang tidak mengenali wajah Tun Abdul Razak, jasa beliau kepada masyarakat Felda tidak ternilai, daripada seorang penduduk kampung yang tiada berharta, sekurang-kurangnya memiliki 10 ekar tanah pertanian serta rumah. Kini jika dinilai dari harga pasaran Tanah, ada tanah-tanah difelda yang mencecah jutaan ringgit.
Bukan ingin membuat perbandingan, tetapi satu perbezaan yang nyata pemimpin dizaman Tun dengan masa kini. Biarpun tidak menyertai mana-mana parti politik, samada kerajaan atau pembangkang namun merasai ada kepimpinan kini perlu menoleh kebelakang sebentar dan menjiwai kepimpinan Bapa Pembangunan kita ini. Masih didalam ingatan pada tahun 1971, beliau datang melawat kekampung saya dengan menaiki "Basikal Tua" dan dibelakangnya dibekalkan sebiji buah nangka yang dihadiahkan oleh penduduk Kampung. Bagaimana pula pemimpin kita dialaf ini?...
Kini akan berada dilipatan sejarah Bandar Pusat Jengka buat generasi kami akan datang, sesuai dengan pengasasnya esok 7/7/2011 Bandar Tun Abdul Razak.
Ini membuktikan hasrat Allahyarham Tun Abdul Razak menjadikan kawasan pedalaman menjadi bandar melalui Felda, semakin memperlihatkan kemajuannya.
Ia juga adalah selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak bahawa selain membasmi kemiskinan... Felda juga ingin mewujudkan kawasan-kawasan bandar yang sebelum ini tidak pernah difikirkan setiap orang dan ia merupakan satu manifestasi.






3 comments:
Salam sahabat
Maaf lagi sibuk so komentar oot
blogwalking
jadul banget fotonya..
Post a Comment