Tuesday, February 22, 2011

Formula One 2011 Bahrin dibatalkan.


Perlumbaan pertama pada musim ini bagi Formula One sessi 2011 yang sepatutnya berlangsung diBahrin pada 13 Mac ini dibatalkan.  Keadaan tidak menentu ketika ini di Bahrin tidak berjaya meyakinkan keselamatan serta kehadiran para penonton bagi menyaksikan perlumbaan pembuka tirai bagi musim 2011. 

Ketegangan serta penunjuk perasaan masih berlaku sehingga Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa mengarahkan putra mahkotanya untuk berdialog dengan semua ketua parti di Bahrin bagi menyelesaikan Kemelut yang sedang melanda Bahrin ketika ini. 

Kemungkinan perlumbaan F1 Bahrin ini akan ditunda kesatu tarikh yang lain, namun tidak dapat dipastikan tarikh nya.
Read rest of entry

Friday, February 18, 2011

Virus menentang kerajaan melanda Dunia Islam di Asia Barat.

Seperti ada virus pemberontakan menentang kerajaan mereka dikalangan negara Islam di Asia Barat dan Utara Afrika ketika ini. Selepas Tunisia dan Mesir kini Yaman, Libya, Iran dan Bahrin pula. Mungkin ada yang tidak kena sehingga ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada atau rakyat sudah bosan dengan pemerintah sekarang.
Penentang kerajaan di Yaman.

Hanya baru berapa hari menyambut maulidur Rasul, menyambut kelahiran junjungan Nabi Muhammad S.A.W..ada benar apa yang dikatakan, kita hanya menyambut kelahiran nya namun gagal mengikut ajaran dan sunnah nya. Kebanyakan kita bersalawat keatas nabi, berjemur ditengah panas dan ada yang berjalan berbatu-batu sambil selawat keatas junjungan nabi Muhammad S.A.W, syabas...namun adakah kita kasih dan sayang  keatas nabi, maka akur akan ajaran dan sunnah nya didalam segala urusan . Bukan menyindir namun mengingatkan diri sendiri kerana  jika gagal melaksanakan apa jua yang dipertanggung jawab kepada kita, maka ini lah yang terjadi...
Penunjuk perasaan di Bahrin.

membakar foto Muammar Gaddfi di Libya.

Iran tidak terkecuali menentang kerajaan Mahmoud Ahmadinejad.

Harus berfikir sebelum apa jua kemungkinan, jika hilang sifat sabar maka amat  senang berlaku perkara seperti ini dimana jua negara Islam yang lain. Ada dua kemungkinan samada kerajaan yang memerintah ketika ini bersifat tidak adil dan kejam kepada rakyatnya atau ada pihak yang ketiga yang ingin melihat kerajaan baru yang lebih menyebelah kepadanya. Maka menggunakan inspirasi kejayaan rakyat Mesir menumbangkan serta menghalau Hosni Mubarak dari bumi Mesir, demi untuk pembaharuan bukan caranya di beberapa negara Islam tersebut.

Amerika secara terang terangan menyokong penunjuk perasaan dinegara-negara yang bergolak  ini, kononnya atas dasar " hak asasi manusia ", apakah memang hak mutlak sebagai manusia yang bertamadun perlu melakukan tunjuk perasaan dan rusuhan untuk mencapai satu-satu tujuan. Jawapannya terpulang kepada keadaan semasa senario sesuatu negara itu sendiri. Kita boleh tidak sependapat didalam sesuatu perkara, namun kepentingan negara harus diutamakan. Mengambil inspirasi kemenangan rakyat Mesir menentang Hosni Mubarak bukan cara terbaik di negara islam yang lain, kerana apa yang dilihat sebahagian dari negara tersebut amat dicemburui oleh Amerika dan sekutunya Israel.

Semoga negara kita tetap mengambil iktibar dari apa yang bergolak di Asia Barat kini, namun sebagai menyampaikan rasa tidak puas hati dengan prestasi parti apa jua yang memerintah melalui silent protest vote semasa PRU nanti. Biarkan mereka senyum memperkatakan apa jua yang telah dan akan dilakukan   didalam manifesto pilihanraya, kita jua dengan senyuman tidak mengundi mereka. Formula terkini tanpa tunjuk perasaan dan rusuhan adalah menterjemahkan di kertas undi, jangan sampai virus Asia Barat sampai kesini...

Semoga Allah mengurniakan hidayah kepada semua pemimpin Islam agar benar-benar mengambil iktibar dengan pergolakan di Asia Barat kini dan virus "Pyramid" tidak menular kenegara islam yang lain terutamanya negara kita dan jiran. 


Read rest of entry

Wednesday, February 16, 2011

Rakyat Malaysia belanja RM4.5 billion setahun untuk telepon mudahalih.


Tanpa kita sedar, rupa-rupanya rakyat kita membelanjakan begitu banyak untuk mengikuti perkembangan teknologi semasa telepon bimbit, lebih-lebih lagi dengan kebanjiran teknologi telepon pintar. Memang ramai diantara kita yang terkejut, namun itulah realitinya.

KUALA LUMPUR: Lebih 7.5 juta telefon mudah alih bernilai lebih RM4.5 bilion dijual di Malaysia tahun lalu. 

Menurut kenyataan syarikat penyelidikan pemasaran, GfK Malaysia, ia adalah peningkatan 24 peratus unit telefon dan peningkatan 30 peratus nilai keseluruhan industri berbanding 2009.


Pengurus Besar GfK Malaysia, Jennifer Chan, berkata telefon pintar adalah penyumbang utama kepada peningkatan prestasi industri itu.
Katanya, sejak awal tahun lalu, nilai jualan telefon pintar meningkat setiap bulan dan menguasai 72 peratus daripada keseluruhan jualan telefon menjelang Disember. 

"Pergerakan yang lebih meluas dan keperluan untuk berhubung bagi melaksanakan kerja dan tujuan lain adalah sebab peningkatan pemilikan telefon pintar. Kami menjangka jualan telefon pintar terus meningkat tahun ini dan seterusnya," katanya. - BERNAMA 
Read rest of entry

Saturday, February 12, 2011

Krisis Mesir: Hosni Mubarak umum letak jawatan.

Akhirnya sebuah penantian dan kejayaan seluruh warga penentang Hosni Mubarak, kerana pengumuman  perletakan jawatan Hosni Mubarak sebagai presiden Mesir setelah 30 tahun memerintah Mesir. Berita ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh seluruh rakyat Mesir yang menentangnya terutama yang berada didataran Tahrir ( Tahrir Square ).

Kini tampuk pemerintahan diambilalih  oleh pihak tentera sehingga satu proses piliharaya akan diadakan secepat mungkin. Apakah dengan kemenangan dipihak rakyat yang menentang pemerintahan beliau maka keamanan akan pulih sepenuhnya tanpa ada lagi tunjuk perasaan dan rusuhan lagi di Mesir? Sebagai saudara seagama hanya dapat mendoakan agar keamanan segera pulih dan kesejahteraan buat seluruh rakyat Mesir.

Semoga Medan Tahrir ( Tahrir Square ) tiada lagi berlaku pertumpahan darah dan menjadi sejarah hitam bukan sahaja buat rakyat Mesir dan menjadi iktibar buat seluruh pemimpin Umat Islam dimana jua. Dengarlah suara Rakyat kerana rakyatlah lahirnya anda sebagai pemimpin. Apabila sudah muak dan jelak dengan pemimpin maka kemarahan sudah tidak dapat dibendung lagi, walaupun terpaksa berkorban jiwa dan raga. Iktibar buat pemimpin dunia islam dimana jua termasuk dinegara sendiri, sedangkan sebuah negara yang diperintah seorang diktator boleh tumbang, apalagi sebuah negara yang mengamalkan sepenuhnya "DEMOKRASI". Setiap pemimpin adalah dipilih oleh rakyat, jika gagal melaksanakan tanggung jawab maka rakyat berhak mengambilnya kembali dengan apa jua cara.

Harapan agar apajua yang berlaku di Mesir tidak akan merebak kenegara sendiri dan saya yakin jika setiap pemimpin menjalankan kewajipan mereka kepada rakyat maka wabak " TAHRIR SQUARE" tidak akan merebak ke "MERDEKA SQUARE"...InsyaAllah.
Read rest of entry

Thursday, February 10, 2011

Belajar secara "MAYA" di sekolah di Terengganu.

Murid di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga mengikuti pelajaran menggunakan teknologi maya.
Credit to Bernama

Bulan July 2010, saya ada menulis berkenaan menguasai ICT didalam pembelajaran harian serta pelajar di singapura menggunakan iPad bagi menggantikan buku. Kini benar-benar bukan hayalan kerana dinegara kita sendiri telah mula projek perintis bagi menrealisasikan bahawa disuatu hari nanti pelajar kesekolah hanya dengan laptop, netbook atau iPad sahaja. 

Terengganu menjadi negeri pertama didalam negara ini menggunakan e-Book dan teknologi MAYA didalam sistem pembelajaran disekolah rendah. Tiga buah sekolah dinegeri ini telah dipilih sebagai peneraju menggunakan teknologi MAYA sepenuhnya. Guru tidak lagi menggunakan Papan hitam atau papan putih untuk mengajar dan murid hanya menggunakan netbook menggantikan buku. 

SMARTBOARD yang menggantikan papan hitam atau papan putih dilengkapi ciri skrin sentuh dan dihubungkan ketalian Internet dan netbook murid, yang berupaya menukar sesuatu halaman dan mengesan kesilapan pelajar.

Perojek yang menelan belanja RM25,00 hingga RM30,000 bagi setiap kelas MAYA dan bergantung kepada
kemudahan sediada dan akan diperluaskan lagi secara berperingkat kesekolah lain. 

Salah satu sekolah yang memulakan projek ini secara langsung adalah sekolah Kebangsaan Paya Bunga. Memang anak-anak ini bertuah kerana diberikan pendedahan awal menggunakan teknologi pembelajaran terkini. Jika sekolah anak-anak kita tiada kemudahan seperti ini, apa yang harus kita lakukan, cuba klik ini.

Read rest of entry

Tuesday, February 8, 2011

Eksekutif Google yang ditahan di Mesir dibebaskan.


Setelah hampir dua minggu kehilangan Wael Ghonim seorang pengurus pemasaran GOOgle bagi MENA Region semasa rusuhan anti kerajaan memuncak di Mesir, akhirnya dibebaskan dari tahanan pihak berkuasa Mesir.

Wael Ghonim selain daripada bekerja di google beliau juga adalah bloger seperti kita dan cuba melapurkan kejadian sebenar ditempat berlakunya rusuhan menentang Hosni Mubarak.

Kepada sesiapa yang ingin mengikuti perkembangan beliau serta apa yang sebenarnya berlaku bolehlah ke laman twitter beliau @Ghonim.

Apa yang menarik perkataan pertama yang diluahkan beliau semasa dibebaskan seperti berikut.

Terjemahannya:

Firstly, I'd like to give me condolences to the families of the Egyptians who died, I can't say that I apologize because no protester broke anything, all protests were peaceful and out slogan was Peaceful Demonstrations. I want to say please don't make a hero out of me, I'm a person who was sleeping for 12 days. The real heros are those people on the ground, please direct the camera and give the attention to those people. And God willing we will change this country.
Read rest of entry

Krisis Mesir: Polis dan Tentera Mesir Menangani Penentang Kerajaan Mubarak..

Diberitakan hanya beberapa tempat sahaja yang masih bergolak, terutamanya di dataran Tahrir ( Tahrir Square ). Itupun kerana disekat oleh pihak tentera daripada makanan dan minuman untuk dibawa masuk kepada penentang kerajaan. Beberapa kawasan telah mula peniaga telah membuka kedai mereka  untuk urusan perniagaan harian, itupun untuk berapa lama tidak diketahui.

Usaha menyelamatkan pelajar masih berjalan walaupun kelancarannya ada kalanya terganggu dan tidak mengikut jadual yang ditetapkan. Biasalah berurusan dengan negara orang, banyaklah protokol dan prosedur yang harus diikuti.

Cuba kita lihat bagaimana Polis dan Tentera Mesir menangani isu penentangan terhadap kerajaan, ada Perbezaan nya...cuba kita lihat.





Bagaimana Tentera mengambil alih dari polis.





Biarlah gambar menceritakan segala-galanya.
Adakah " Tahrir Square " akan sunyi dan aman dalam beberapa hari lagi?







Read rest of entry

Friday, February 4, 2011

Krisis di Mesir : Program pemindahan pelajar sedang dilaksanakan.


Saudara... Kita boleh marah apabila kehendak kita tidak dapat ditunaikan atau lambat ditunaikan. Krisis di Mesir kian meruncing sehingga tiada nampak jalan penyelesaiannya. Keganasan berterusan dan kita dihidangkan didalam media television pertempuran diantara sesama agama dan bangsa, pihak keselamatan negara Mesir ini nampaknya gagal menangani kemelut ini. Didalam situasi ini biarlah dahulu pihak berwajib negara kita menjalankan tugas mereka bagi menyelamatkan anak-anak kita yang terperangkap disana.

Menunding jari kepada sesiapa sahaja disaat ini tidak menyelesaikan masalah, ayuh kita berdoa dan menunaikan solat hajat di Khareah Masjid kita, memohon dipermudahkan urusan pemindahan anak-anak kita disana. Doakan selalu agar anak-anak kita disana sentiasa dilindungi keselamatan mereka dan sentiasa tabah menghadapi cabaran ini. Percayalah bahawa Allah tetap bersama mereka dan maha mendengar permohonan kita.

Memang kita akui proses untuk menyelamat anak-anak kita yang belajar dinegara yang bergolak ini memakan masa yang lama. Kita berhak untuk marah kepada pihak berwajib, namun disaat ini biarlah ianya ditumpukan kepada proses menyelamat anak-anak kita dahulu. Saya membahasakan anak-anak kerana lebih senang dan lebih dekat dihati, menterjemahkan bagaimana sedihnya perasaan saya kepada nasib mereka dirantau orang.


SITUASI TERKINI 4/2/2011 DI MESIR
 
Situasi terkini di Mesir masih tegang berikutan keganasan dan pertempuran yang tercetus di antara penyokong pro - Mubarak dengan penyokong antikerajaan terutamanya di bandar raya Kaherah dan Iskandariah.
 
Klasifikasi tahap keselamatan masih di tahap MERAH: Gerakan pemindahan (evacuation) diperlukan dan sedang dilaksanakan.
 
Semua penuntut dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir adalah dilaporkan selamat.
 
Evakuasi pelajar Malaysia telah bermula pada 3 Februari 2011.
 
Seramai lebih kurang 3,600 pelajar/rakyat Malaysia dari Kaherah dan Iskandariah akan dipindahkan dari Mesir ke Jeddah pada hari ini, 4 Februari 2011. Ia melibatkan sebanyak sembilan (9) penerbangan RMF (tertakluk kepada kelulusan penerbangan pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah), dua (2) penerbangan MAS dan dua (2) penerbangan AirAsia X. (Untuk makluman Dato’ Sri, jadual penerbangan adalah seperti di Lampiran).
 
Pesawat pertama membawa pelajar Malaysia iaitu pesawat MAS (MH8010) telah selamat mendarat di Jeddah pada jam 6.15 pm (waktu tempatan), 3 Februari 2011 dengan membawa 365 orang pelajar Malaysia. Kesemua pelajar telah diberikan Visa on Arrival (VoA) oleh pihak Berkuasa Arab Saudi. MAS akan mengadakan penerbangan ulang-alik dari Jeddah-Kaherah-Jeddah dua kali sehari.
 
Pesawat Air Asia X telah mendarat di Jeddah pada jam 12.30 am (waktu tempatan), 4 Februari 2011 dengan membawa 312 pelajar Malaysia. Proses dokumentasi (VoA) sedang dijalankan.
 
Tiga pesawat C-130 TUDM, RMF 497; RMF 498; dan RMF 499 telah selamat sampai di Jeddah pada 2.15 am, 4 Februari 2011. Pesawat-pesawat tersebut dijangka akan memulakan operasi pemindahan pada hari ini.
 
Kapal Bunga Mas (BM5) akan sampai ke Suez Anchorage pada 5 Februari 2011, jam 4.00 pm (waktu tempatan) dan 9.00 pm (waktu Malaysia). Kapal ini boleh memuatkan 500 orang penumpang.
 
Kesemua 677 pelajar dan rakyat Malaysia yang dikeluarkan dari Mesir telah dan akan ditempatkan diKompleks Tabung Haji di Madinatul Al Hujjaj, Jeddah yang boleh menempatkan seramai 2,000 orang.Makanan dan minuman sepanjang tempoh mereka di sana akan disediakan oleh Tabung Haji. Segalakos penginapan dan makan minum ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.
 
Keputusan berhubung status rakyat Malaysia sama ada akan dibawa balik ke Malaysia selepas itu adalah bergantung kepada keputusan yang akan dibuat oleh Kerajaan Malaysia.  
 
Nota:
Semua dakwaan berhubung rakyat Malaysia perlu membayar wang bagi membolehkan Kerajaan memindahkan mereka keluar dari Mesir ke Jeddah adalah tidak benar sama sekali. Rakyat Malaysia juga tidak perlu membayar untuk makanan dan minuman serta penginapan semasa di Jeddah.
 
 
 
Wisma Putra, PUTRAJAYA
 
4 Februari 2011
 
LAMPIRAN
 
 
Jadual penerbangan evakuasi bagi 4 Februari 2011 adalah seperti berikut:
 
 
                  JADUAL PENERBANGAN BAGI 4 FEBRUARI 2011

 
PESAWAT
 
 
ETD KAHERAH
 
MH8012/13
10.25 am (waktu tempatan)
MH8020/21
7.50 pm (waktu tempatan)
AirAsia X
4.30 pm (waktu tempatan)
AirAsia X
12.30 am (05/03/2011)
(waktu tempatan)
 
RMF 497 dan
RMF 498
(6 perjalanan)
 
3.00 pm/ 7.00 pm/ 10.00 pm
(waktu tempatan)
 
 
 
ETD ALEXANDRIA
 
RMF 499
(3 perjalanan)
3.00 pm/ 7.00 pm/ 10.00 pm
(waktu tempatan)
 
 
 
 

Read rest of entry

Latest Solution for Egyption from Google,Twitter on Handphone.

Hard to say when there is no communication for people in Egypt, but with a latest solution might help others to hear the voice from our brothers and sisters in Egypt.

Google has launched the latest salvo in an effort to overcome internet blackouts in Egypt during anti-government protests there.
"Like many people we've been glued to the news unfolding in Egypt and thinking of what we could do to help people on the ground,"Google said on its official blog.

The result was a collaboration between Google, Twitter and SayNow (a service Google acquired last week) to let people without access to the Web share messages on Twitter via voice mail.

The service, which is live now, offers three international phone numbers to call -- +16504194196 or +390662207294 or +97316199855.

For each call, the service will instantly post a message to Twitter with a link to listen to the message.

"We hope that this will go some way to helping people in Egypt stay connected at this very difficult time," the post said. "Our thoughts are with everyone there."

The blog post, by SayNow co-founder Ujjwal Singh and AbdelKarim Mardini, Google's product manager for North Africa and the Middle East, said people without internet access can listen to the messages by calling the same number or or going to twitter.com/speak2tweet. Twitter users can follow that account to see the messages in real time.

The messages also will be posted with the hashtag #egypt -- another way for Twitter users to follow them.

One difficulty Egyptians may face, however, is that mobile-phone networks also have been shut down during the protests. Land lines, of course, could presumably still be used in areas where that is the case.

Last week, as demonstrators angry with the policies of Egyptian President Hosni Mubarak took to the streets, the government shut down social-media websites, then blacked out all internet access in much of the country.

On Tuesday, as protesters began what's being called a "march of millions," which many observers say could be a decisive day in the effort to oust Mubarak, there were fresh reports of the internet being shut off in much of Egypt-CNN.



Read rest of entry

Terkini dari Mesir : pertempuran antara penyokong dan anti Mubarak.


Alhamdulillah, apabila melihat kumpulan pertama sampai ketanair biarpun jumlahnya hanya 120 sahaja. Penulis baru sahaja pulang dari majlis Solat Hajat untuk keselamatan dan dijauhkan mara-bahaya kepada anak-anak serta saudara pelajar di bumi Mesir. Ada 8 orang anak-anak ditempat saya yang melanjutkan pelajaran ke University Al Azhar di Mesir. Syukur kehadrat ilahi juga kerana hari ini Blog ini telah boleh diakses dari bumi bergolak Mesir, maknanya internet sudah boleh beroperasi disana. Apalah daya kita sebagai manusia biasa, selain memohon serta berserah kepada Allah jua, disamping tidak lupa berusaha mencari jalan penyelesaian. Didalam keadaan tegang begini apa yang penting adalah kesabaran yang tinggi amat perlu, kerana dengan kesabaran kita bisa memikirkan apa jua tindakan yang wajar dilakukan.
Doakan setiap masa agar anak-anak serta saudara mara seagama, serantau kita yang menuntut disana dilindungi setiap masa dan ketika,dapat diselamatkan dan pulang ketanahair dengan selamat.
Status pengunjung hari ini menunjukkan ada pengujung dari Mesir.Egypt

Masih dengan perkembangan terkini dari Wisma Putra.


SITUASI TERKINI DI MESIR SERTA LANGKAH SUSULAN.

Situasi terkini di Mesir bertambah tegang berikutan keganasan dan pertempuran yang tercetus di antara penyokong pro - Mubarak dengan penyokong antikerajaan. Pengumuman Presiden Hosni Mubarak untuk tidak bertanding di dalam pilihan raya Presiden pada bulan September 2011 tidak dapat diterima oleh penunjuk perasaan yang terus berdemonstrasi.

 pertempuran diantara penyokong dan anti Hosni Mubarak

Gerakan pemindahan (evacuation) sedang dilaksanakan.

Semua penuntut dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir adalah dilaporkan selamat. Pihak Kedutaan Besar Malaysia terus memantau perkembangan semasa di Mesir dan melaporkan sebarang perkembangan terkini kepada Kementerian Luar Negeri dari masa ke semasa.

Pelajar/rakyat Malaysia sedang berkumpul di tempat-tempat berikut untuk tujuan pemindahan:

·         Kaherah – Jeddah [Tempat berkumpul: Kompleks Haiyyu Ashir dan Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK)];

·         Iskandariah – Jeddah [Tempat berkumpul: Rumah MARA];dan

·         Mansourah – Iskandariah – Jeddah [Tempat berkumpul: Hotel New Mansourah @ 5 Februari 2011.

Sehingga kini, tiga pesawat C-130 Tentera Udara DiRaja Malaysia telah berlepas pada 2 Februari 2011. Pesawat-pesawat lain dijangka memulakan penerbangan mereka pada hari ini, 3 Februari 2011:

i)                    C-130
Tiga pesawat C-130 akan tiba di Jeddah pada 3 Februari 2011 seperti berikut:

-                      4.45pm;
-                      5.55pm; dan
-                      7.28pm

Perkhidmatan ulang-alik (shuttle) di antara Jeddah – Kaherah – Iskandariah akan bermula pada 4 Februari 2011 jam 06.00 pagi kerana enjin pesawat C-130 perlu direhatkan selama 24jam sebelum perjalanan dilakukan.

ii)                  MAS
Pesawat MH8010 (747) telah berlepas pada 9.20am, 3 Februari 2011 dan akan tiba di Kaherah pada 1.45pm. Selepas dua jam di Kaherah, MAS akan memulakan penerbangan ulang-alik (shuttle) untuk seramai 340 penumpang ke Jeddah, yang dijangka pada jam 4.00pm.

iii)                AirAsia

AirAsia X akan tiba di Kaherah pada 12.46pm, 3 Februari 2011 dan akan berlepas dari Kaherah pada jam 2.00pm dengan membawa pelajar dan rakyat Malaysia yang terperangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ke Jeddah.

Pesawat C-130, MAS dan AirAsia akan membawa bersama-sama bekalan makanan dan peralatan perubatan untuk diagih-agihkan kepada rakyat Malaysia di Mesir.   

Kapal Bunga Mas (BM5) sedang melalui Teluk Aden, telah menukar destinasinya dan dijangka berlabuh di Pelabuhan Ain Sukhna, Mesir pada 5 Februari 2011.

Sehingga kini, senarai negara yang telah membawa keluar rakyatnya dari Mesir adalah seperti berikut:

(i)          Jepun – bermula 31 Jan. 2011
(ii)        Indonesia – bermula 1 Feb. 2011
(iii)      China – bermula 31 Jan. 2011
(iv)      India – bermula 31 Jan. 2011
(v)        US – bermula 29 Jan. 2011
(vi)       UK – bermula 2 Feb. 2011
(vii)      Arab Saudi, UAE, Lubnan dan Jordan – bermula 29 Jan 2011
(viii)    Kanada – bermula 1 Feb. 2011

Untuk makluman, perintah berkurung yang dikenakan oleh Kerajaan Mesir di semua bandar raya utama termasuk di Kaherah dan Iskandariah telah dipanjangkan kepada 2.00 petang sehingga 8.00 pagi. Walau bagaimanapun, penunjuk perasaan masih berdemonstrasi di kebanyakan bandar raya utama.

Selain itu semua saluran komunikasi melalui internet/e-mel serta sistem pesanan ringkas (SMS) di kawasan Kaherah, Iskandariah dan beberapa tempat lain masih lagi digantung operasinya oleh Kerajaan Mesir. Walau bagaimanapun, talian telefon bimbit boleh digunakan, tetapi terhad.  

Read rest of entry
 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal