Thursday, March 17, 2011

Kesan Dari Letupan Logi Nuklear Di Fukushima, Jepun.

Ketika seluruh dunia sedang melihat dari jauh musibah yang melanda penduduk Jepun, bermula dengan gegaran gempa bumi berserta Tsunami yang meragut jumlah korban dan hartabenda yang bukan sedikit bilanganya. Kini berdepan pula dengan bahana letupan loji Nuklear pula. Daripada rasa simpati dengan nasib rakyat jepun kini timbul pula kebimbangan dengan pembebasan sisa radiasi akibat dari letupan tersebut.

Persoalan yang timbul disegenap penghuni dunia ini, bahayakah sisa radiasi ini? apakah akan sampai kenegara lain?. Loji Nuklear Fukushima rosak teruk kesan dari gegaran gempa bumi yang melanda Jepun dan kini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, berdepan pula dengan kebocoran sisa radiasi. Ketika letupan berlaku sudah meragut nyawa serta pekerja stesyen jana kuasa tersebut, kini diberitakan penduduk yang tinggal berdekatan dalam lingkungan 10 KM berdepan dengan bahaya sisa radiasi nuklear yang dibebaskan.

Tahap sebaran Radiasi di Fukushima.


Mengikut catatan berita dari IAEA ( International Atomic Energy Agency ), kesan sebaran radiasi di Fukushima Jepun berada ditahap 4, yang hanya kadar sebaran radio aktif berlegar di kawasan letupan sahaja. Tahap yang lebih serius adalah letupan di Chernobyl yang berada ditahap 7 yang merupakan tahap yang paling bahaya didalam sejarah letupan loji nuklear.

Bolehkah radio aktif tersebut tersebar keluar dari kawasan letupan?

Boleh..melalui tiupan angin atau sebarang objek dan bahan makanan yang tercemar dengan kesan radiasi tersebut, nampaknya dalam masa terdekatni tak boleh makan makanan dari jepun lah...

Video Letupan loji nuklear di Fukushima, jepun.

Sekuat mana Tsunami yang melanda jepun?

Jum tengok video ni..




Read rest of entry

Saturday, March 12, 2011

Gempa bumi danTsunami melanda Jepun.


Amat memilukan apabila negara Jepun dilanda gempa bumi 8.9 skala rektor dan badai Tsunami setinggi 10 meter, lihatlah bagaimana lautan kenderaan dan kapal terbang kecil dibawa arus ibarat sampah sahaja. Berikut adalah pemandangan kesan dari badai tsunami dan gempa bumi yang melanda Jepun.

Pusaran Air di lautan yang bisa menyedut apajua kedasar lautan.

Lihatlah ketinggian Ombak yang akan melanda pantai di Jepun.

Ketinggian air yang akan menerjah rumah penempatan penduduk,



Pekerja penyelamat hanya dapat memerhatikan apa yang dapat diselamatkan, apabila runtuhan menghempap sebahagian harta benda penduduk Jepun.




Amat dasyat dan memilukan, namun apa jua musibah yang melanda semoga rakyat Jepun tetap tabah menghadapinya.










Read rest of entry

Wednesday, March 9, 2011

Safee Sali Jaring Gol diperlawanan pertama.


Ketika semua peminatnya dinegara ini serta dinegara jiran tempat dimana Safee Sali sedang bermain kini menantikan debaran persembahan perlawanan pertama Safee, beliau telah memberikan aksi yang bukan sahaja hebat malah meyakinkan peminat kelab yang diwakilinya bahawa amat berbaloi sekali memilikinya. 

Kejayaan jaringan sulungnya diperlawanan menentang Sriwijaya FC bukan hanya meletakannya sebagai penjaring gol tetapi membawa kelab Pelita Jaya keluar dari kelab yang tercorot didalam Liga.

Biarpun hanya satu jaringan yang dapat diterjemahkan oleh beliau, namun dengan kehadiran beliau diperlawanan ini dapat mengucar kacirkan barisan pertahanan lawan dan mendapat beberapa peluang yang hampir membolosi gawang.

Sama-sam kita saksikan jaringan pertama Safee di liga Indonesia bersama kelab Pelita Jaya FC.

Read rest of entry

Android now No 1 in US.


Amat menakjubkan dalam masa kurang dari 27 bulan selepas dilancarkan, Android berjaya mengatasi sistem Operasi bagi Telefon Pintar (Smartphone) di Amerika.

Hampir satu pertiga atau 31.2% dari pengguna Telefon pintar memilih Android sebagai pilihan utama dan mengatasi Blackberry yang di buat oleh RIM ( Reserch in Motion ) yang dilihat begitu ketara penurunannya kepada 30.4% sahaja di pasaran.

Walaupun bermula hanya pada 0ktober 2008 dan menguasai hanya 7% pasaran pada masa itu, namun peningkatan 2% yang nyata setiap bulan menunjukan bahawa Android akan menguasai sistem operasi telefon Pintar dimasa hadapan.

Diseluruh pasaran Dunia kini masih lagi dikuasai oleh Nokia Symbian namun telah ada ura-ura Nokia akan menggunakan Operasi Android kepada sebahagian modelnya dimasa hadapan.

Dinegara kita mungkin masih dikuasai oleh Symbian namun tidak mungkin suatu hari nanti pengguna beralih kepada Android, sebagai mengikut trend teknologi terkini.
Read rest of entry
 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal