Saturday, April 23, 2011

Celcom mensasarkan 30% pengguna telefon pintar.


Peneraju telefon pintar Blackberry, Celcom mensasarkan 30% pengguna telefon pintar sebelum akhir tahun ini. Setelah berjaya menepati sasaran penguna Blackberry kini Celcom melancarkan iPhone 4 bagi penggunanya dengan tawaran yang menarik. Dengan kehadiran iPhone 4 ini beliau yakin akan mencapai sasaran jumlah pengguna telefon pintar dinegara ini.

Lebih kurang 20% peratus dari pelanggannya yang berjumlah 11.2 juta telah dikenalpasti menggunakan telefon pintar yang memberikan kepuasan kepada pengguna bersama dengan pakej yang menarik dari Celcom.

“Melihat pada situasi semasa, kami percaya mampu menembusi saiz pengguna telefon mudah alih untuk beralih kepada telefon pintar dengan memperkenalkan pakej menarik serta kelebihan yang dimiliki Celcom daripada segi kekuatan prasarana dan liputan,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran telefon pintar iPhone 4 di Kuala Lumpur, semalam.

Kalau dan dilancar, apa nak tunggu lagi, jum ke celcom yang berdekatan untuk memiliki iPhone 4 bersama dengan pakej menarik Celcom.


Read rest of entry

Friday, April 22, 2011

E-mail 1 Malaysia : perlukah diwajibkan kepada kita?

Nampak memang gah dan canggih, setiap rakyat malaysia yang lahir akan mempunyai secara automatik akaun email dan berurusan secara On-Line bagi setiap urusan. Seperti kebiasaan lah, ada yang menyokong dan ada yang membantah, masalahnya perlu kah kita berbelanja besar untuk menrealisaikan sebuah impian. Adakah dengan kehadiran satu email akaun kepada setiap penduduk Malaysia akan menaikan martabat serta mencapai wawasan 2020?

Kawasan liputan jalur lebar yang tidak meluas serta tahap perkhidmatan yang masih boleh dipersoal oleh para pengguna harus diambil kira apalagi bilangan komputer bagi seisi rumah serta pemilikan individu masih jauh jumlahnya harus diambil kira. Berapa ramai diantara kita mengetahui serta mahir dengan dunia komputer dan siber? Bukan menentang namun cuba berfikiran terbuka dengan perbelanjaan yang bukan sedikit jumlahnya.

Memang menjadi impian setiap rakyat Malaysia mahukan negara diiktiraf sebagai negara maju pada 2020, namun jangan sampai jurang yang kaya dengan yang berpendapatan rendah begitu ketara jumlahnya. Dengan berdepan keadaan tersebut tiada manafaatnya sepertimana berlaku dinegara-negara barat, yang dianggap sebuah negara maju namun masih ada rakyatnya yang tinggal dibawah jambatan atau merempat. Ada juga sebahagian negara yang maju dibidang IT namun masih ramai rakyat yang terbiar tanpa pembelaan.

Kini berita mengenai akaun Email 1 Malaysia menjadi satu lagi perbincangan serta perdebatan diperingkat parlimen mahupun "persidangan kedai kopi". Berikut berita yang lebih sensasi berhubung dengan Email 1 Malaysia yang lebih menimbulkan persoalan kepada Rakyat.

KUALA LUMPUR, 20 April — Beberapa firma telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam bidaan projek e-mel 1 Malaysia November lalu dan mendemonstrasi persekitaran seratus peratus penyertaan - sekali gus bertentangan dengan kenyataan pentadbiran Najib bahawa penerimaan akaun itu bukan sesuatu yang wajib.
The Malaysian Insider difahamkan indeks petunjuk prestasi utama (KPI) bagi projek itu ialah 50 peratus bagi mereka yang mencapai usia 18 tahun dan ke atas pada 2012 dan ia akan meningkat sehingga seratus peratus menjelang 2015.

Firma yang memperoleh bidaan juga perlu menunjukkan bagaimana pihaknya boleh mencapai 50 peratus pemegang akaun e-mel menggunakan Perkhidmatan Nilai Tambah seperti pembayaran bil atas talian dan pencapaian rekod awam menjelang 2020, demikian menurut satu dokumen diperoleh The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang semalam mengumumkan projek itu awal pagi ini menjelaskan bahawa akaun itu hanya akan dilaksanakan atas dasar sukarela.

“Sebelum saya tidur, biar saya jelaskan bahawa E-mel 1 Malaysia adalah projek sektor swasta. Tiada wang awam akan terlibat dan keseluruhannya adalah sukarela,” tulis perdana menteri dalam mesej Twitter sekitar 12.31pagi tadi.
Penjelasan ringkas beliau muncul beberapa jam selepas kenyataan 

Pemandu, yang turut disebarkan menerusi Twitter untuk meredakan rasa tidak puas hati pelbagai pihak mengenai perkhidmatan terbaru ini.

Petang semalam, kerajaan menjelaskan bahawa ia tidak membiaya projek akaun e-mel 1 Malaysia bagi mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas, malah ia juga bukan sesuatu yang diwajibkan kepada rakyat negara ini.

“Alamat e-mel 1Msia bukan wajib bagi kesemua rakyat Malaysia. E-mel 1 Msia adalah inisiatif diterajui swasta, oleh Tricubes (Berhad), dengan pelaburan daripada syarikat dan bukannya kerajaan,” kata Pemandu menerusi mesej Twitter etp_roadmap.

Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, Pengarah Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur, Perkhidmatan Bisnes NKEA berkata, akaun e-mel, sebahagian daripada penyelesaian digital RM50 juta bagi perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan akan membolehkan mereka yang berminat memiliki satu alamat yang boleh divalidasi bagi memastikan transaksi yang selamat dengan agensi-agensi kerajaan.

Penjelasan Pemandu juga menimbulkan persoalan mengenai aliran Pemandu, yang turut disebarkan menerusi Twitter untuk meredakan rasa tidak puas hati pelbagai pihak mengenai perkhidmatan terbaru ini.


Petang semalam, kerajaan menjelaskan bahawa ia tidak membiaya projek akaun e-mel 1 Malaysia bagi mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas, malah ia juga bukan sesuatu yang diwajibkan kepada rakyat negara ini.

“Alamat e-mel 1Msia bukan wajib bagi kesemua rakyat Malaysia. E-mel 1 Msia adalah inisiatif diterajui swasta, oleh Tricubes (Berhad), dengan pelaburan daripada syarikat dan bukannya kerajaan,” kata Pemandu menerusi mesej Twitter etp_roadmap.

Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, Pengarah Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur, Perkhidmatan Bisnes NKEA berkata, akaun e-mel, sebahagian daripada penyelesaian digital RM50 juta bagi perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan akan membolehkan mereka yang berminat memiliki satu alamat yang boleh divalidasi bagi memastikan transaksi yang selamat dengan agensi-agensi kerajaan.
Penjelasan Pemandu juga menimbulkan persoalan mengenai aliran


Garis panduan dikeluarkan oleh Mampu dan ditunjukkan kepada The Malaysian Insider menunjukkan projek e-mel 1 Malaysia di bawah inisiatif e-kerajaan “adalah bagi rakyat (Malaysia) berusia 18 tahun ke atas, akan dibekalkan akaun e-mel rasmi yang unik dan ID.”

“Ia akan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan nilai tambah seperti pembayaran bil atas talian, carian rekod awam dan lain-lain,” katanya lagi.

Mampu dikatakan telah meminta supaya kesemua lima syarikat yang membida supaya menunjukkan model bisnes menyediakan akaun e-mel kepada 16 juta penduduk yang berusia 18 tahun dan ke atas, membabitkan transaksi atas talian yang jumlahlah mencecah beberapa trilion.

Malah Mampu juga mahu syarikat-syarikat terbabit memastikan penggunaan Perkhidmatan Nilai Tambah adalah 15 peratus bagi kesemua pengguna berdaftar pada 2012, 30 peratus tiga tahun kemudian dan 50 peratus menjelang 2020.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi, Ketua Eksekutif Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar mengulangi bahawa “projek e-mel 1 Malaysia adalah inisiatif pembiayaan swasta dan oleh itu, ia digerakkan oleh sektor swasta.”

Katanya, projek itu akan menawarkan “perkhidmatan-perkhidmatan e-kerajaan yang berpusat seperti pemakluman atas talian dan penyata bil digital daripada agensi-agensi kerajaan.”

“Sementara buat masa sekarang, kami tidak dapat mendedahkan kesemua  butiran model bisnes kami bagi projek e-mel 1 Malaysia sekarang memandangkan syarikat ini disenaraikan di Bursa Malaysia, Tricubes telah menggariskan strategi-strategi utama untuk memastikan daya maju komersial termasuk pengiklanan dan transaksi e-perkhidmatan masa depan.

“Ujian persendirian sedang dilaksanakan sementara kami bersedia ke arah persediaan sistem (keseluruhannya),” kata Khairun.

Bagaimanapun kenyataan beliau tidak menyentuh soal status syarikat itu, yang berhadapan masalah pematuhan peraturan kewangan dan kemungkinan dibatalkan penyenaraian, yang menjadi perhatian Bursa Malaysia.
Read rest of entry

Saksi pembunuhan 11,000KM melalui webcam online.

Apa perasaan anda apabila menyaksikan seseorang yang sedang berkomunikasi dengan anda secara video lintas langsung beribu kilometer jaraknya telah dibunuh dengan kejam atau diperlakukan apa sahaja. tentulah tidak ada apa upaya selain dari berdoa dan cuba menghubungi rakan yang terdekat untuk meminta bantuan. Tiada upaya kita sebenarnya selain dari menyaksikan kejadian dan merakam untuk dijadikan bahan bukti, namun adakah rakaman tersebut dapat membantu pihak berkuasa dinegara tersebut didalam menyelesaikan apa jua kejadian jenayah, itu terpulang kepada situasi dan undang-undang sesebuah negara tersebut. Kita masih melihat kecanggihan teknologi siber berkembang pesat namun gagal untuk menguasainya, bayangkanlah pada suatu ketika nanti kita dapat melapurkan sebarang kejadian jenayah dimana sahaja didunia ini kepada pihak berkuasa dinegara berkenaan, dan tindakan selanjutnya dapat dilaksanakan. 

Berita yang amat menyedihkan apabila saksi melihat teman wanitanya dibunuh dengan kejam didepan mata melalui lintas langsung webcam dari jarak 11,000KM tanpa dapat berbuat apa-apa untuk membantu, hanya cuba menghubungi beberapa rakan melalui laman sosial. Negara yang maju dan tahap penggunaan IT yang tinggi seharusnya peka dengan kehendak penggunaan teknologi semasa didalam usaha membenteras jenayah, namun mungkin pula ada yang mengambil kesempatan untuk memalsukan maklumat kejadian atau membuat lapuran palsu. Mungkin ada mekanisma tersendiri bagi menganalisa segala maklumat samada palsu atau tulin, semoga menjadi kenyataan disuatu hari nanti.

London, April 20 (ANI): Seorang mahasiswa China, Qian Liu, yang dibunuh di bilik nya  York University Village di Toronto, Kanada, diserang ketika dia terlibat dalam sebuah video chat online dengan teman lelakinya di China, menurut Polis Toronto  . 

Polis kini cuba untuk mengambil gambar webcam selepas teman lelaki pelajar malang itu yang tidak disebutkan namanya mengatakan bahawa telah terjadi ketukan di pintu selama perbualan mereka di sekitar 1 pagi pada hari Jumaat pagi. 

"Dia membuka pintu untuk seorang lelaki masuk dan mengenali  lelaki tersebut,. Tapi dia tidak dikenali oleh saksi secara online," dikutip Telegraph Detektif Sarjan Frank Skubic dari Toronto Polis, yang mengatakan. 

Lelaki yang disyaki meminta untuk menggunakan telefon bimbit  teman wanita dan pergaduhan  terjadi, yang disaksikan oleh teman lelaki Liu hingga komputer itu dimatikan. 

Teman lelaki Liu  telah berusaha untuk berhubung dengan rakan-rakan Liu di universiti melalui beberapa laman rangkaian sosial, tetapi polis baru tiba di lokasi sepuluh jam kemudian untuk mencari tubuhnya yang separuh telanjang. 

"Saksi online menjadi prihatin dan berhubung dengan beberapa orang diketahui olehnya di sini di Kanada, dan meminta kepada mereka untuk pergi dan menguruskan urusan kebajikan mendiang Liu," kata Skubic. 

Liu dijumpai telanjang dari pinggang ke bawah, tetapi polis mengatakan bahawa tidak ada tanda-tanda yang jelas kekerasan seksual. Punca kematian belum diumumkan. 

Sementara itu, rakan serumah Liu mengatakan bahawa suspek, digambarkan sebagai putih, berusia 20-an dan enam kaki tinggi. (ANI) 



Read rest of entry

Monday, April 18, 2011

Berhati hati membeli Nokia dan iPhone 4.


Penggunaan telefon bimbit jenama terkini menjadi idaman setiap dari kita, jangan pula menjadi igauan tragedi sehingga terbeli model Nokia atau model kegilaan golongan muda masa kini iPhone 4. Tawaran dengan harga murah memang menarik dan mudah tertarik. Kalau boleh dapatkan dikedai-kedai yang disahkan sebagai agen atau wakil sesuatu jenama itu walaupun harganya sedikit mahal tetapi kita berpuas hati sebagai pengguna. 

Awas jerat penipuan.


KUALA LUMPUR - Satu kumpulan menjual telefon bimbit tiruan tumpas berikutan penahanan sembilan lelaki dan rampasan 73 telefon dan dua buah kenderaan yang kesemuanya bernilai RM111,000 dalam satu operasi di sini hari ini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, Othman Nawang berkata kesemua mereka berumur antara 19 hingga 68 tahun ditahan di sebuah stesen minyak di Gombak ketika sedang asyik menawarkan telefon tiruan kepada orang ramai.

"Kejayaan operasi itu hasil risikan dan maklumat orang ramai sejak tiga minggu lepas. Ketika dihampiri anggota kami, mereka cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap kerana kesalahan menjual barangan tiruan," katanya di lokasi kejadian di sini hari ini.
Dalam pemeriksaan awal, pihaknya menemui 73 telefon bimbit tiruan jenis Nokia dan i-phone4 di dalam poket mereka dan juga dalam dua kenderaan.

Kesemua mereka kini ditahan reman untuk satu tempoh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 1(b) Akta Perihal Dagangan 1972 dan jika disabit kesalahan pemilik premis itu boleh didenda RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali, katanya. - Bernama
Read rest of entry

Penipuan Siber: RM5,000 lesap


Apalagi yang ingin diperkatakan apabila menerima e-mail yang menyatakan akaun bank anda akan dibekukan jika tidak dikemas kini, apa yang harus anda lakukan. Bukannya memberikan butir-butir peribadi dan akaun anda kepada sesiapa sahaja walaupun ada pihak yang mengaku dari pihak Bank. Anda boleh mengemaskini akaun anda di laman web Bank tersebut secara on-line tanpa memerlukan pihak ketiga atau pihak yang mengaku pegawai bank. Mobile Banking merupakan trend terkini namun harus berhati-hati dan menjadi tanggungjawap individu pemegang akaun itu sendiri menjaga keselamatan akaunnya didalam bank. Langkah keselamatan dari pihak bank memang telah sedia ada, dari nombor PIN, password serta pengesahan transaksi melalui khidmat pesanan rengkas (SMS) namun keselamatan yang terakhir adalah ditangan anda jua. Nombor telefon pihak bank hendaklah sentiasa berada didalam talifon bimbit, jika beratus nombor yang tidak perlu kita simpan didalam telefon bimbit kenapa tidak disimpan nombor yang tidak kurang penting kepada kita.

berikut adalah berita dari harian metro mengenai kejadian tersebut:


KLANG: Gara-gara percaya e-mel yang mengatakan akaunnya di sebuah bank bakal dibekukan, seorang wanita berputih mata apabila wang simpanan RM5,000 dipindahkan ke akaun lain tanpa pengetahuannya.
Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Ayu, 29, berkata dia menyedari wang dipindahkan ke akaun lain apabila menerima SMS pengesahan daripada pihak bank.


Dia yang cemas membuat laporan polis serta menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan bank berkenaan untuk membuat pengesahan sama ada wang dalam akuannya dipindahkan ke akaun lain.

Ayu berkata, sebelum kejadian dia menerima e-mel daripada pihak yang mengaku wakil bank berkenaan dan memintanya mengemas kini maklumat peribadi supaya akaun simpanannya tidak dibekukan.


“Khuatir perkara itu, saya membuka pautan yang terdapat dalam e-mel terbabit dan memasukkan alamat e-mel dan kata laluan seperti diminta.



“Laman web itu sama dengan laman web rasmi bank berkenaan. Jadi, saya tidak mengesyaki apa-apa yang pelik pada laman web itu.
Read rest of entry

Saturday, April 16, 2011

Register to get a iPhone 4 from Celcom.


Terlalu lama peminat iPhone serta pengguna Celcom menunggu tawaran eksklusif untuk memiliki device ini semenjak pengumuman Celcom akan memasarkan iPhone bersama package suara dan data. Ketika pengguna diseluruh dunia berbicara tentang iPhone 5, mungkin iPhone 4 tetap mendapat pilihan dihati pengguna Celcom atau bakal penggunanya. Mungkin dengan gabungan harga dan pakej yang lebih attractive maka iPhone 4 masih menjadi pilihan pengguna. Memang saya akui kombinasi pakej suara serta data dapat menawan hati sesiapa sahaja dengan keunikan iPhone 4 ini.

sebelum kita ke link pendaftaran untuk mendapatkan iPhone dari Celcom, mari kita lihat dulu specifikasi iPhone 4 tersebut;

iPhone 4 Specifications
Size and weight1
Height:
4.5 inches (115.2 mm)
Width:
2.31 inches (58.6 mm)
Depth:
0.37 inch (9.3 mm)
Weight:
4.8 ounces (137 grams)

Cellular and wireless
§  GSM model: UMTS/HSDPA/HSUPA (850, 900, 1900, 2100 MHz); GSM/EDGE (850, 900, 1800, 1900 MHz)
§  CDMA model: CDMA EV-DO Rev. A (800, 1900 MHz)
§  802.11b/g/n Wi-Fi (802.11n 2.4GHz only)
§  Bluetooth 2.1 + EDR wireless technology
Location
§  Assisted GPS
§  Digital compass
§  Wi-Fi
§  Cellular
Power and battery2
§  Built-in rechargeable lithium-ion battery
§  Charging via USB to computer system or power adapter
§  Talk time:
Up to 7 hours on 3G
Up to 14 hours on 2G (GSM model only)
§  Standby time: Up to 300 hours
§  Internet use:
Up to 6 hours on 3G
Up to 10 hours on Wi-Fi

§  Video playback: Up to 10 hours
§  Audio playback: Up to 40 hours
Mac system requirements
§  Mac computer with USB 2.0 port
§  Mac OS X v10.5.8 or later
§  iTunes 10.1 or later (free download fromwww.itunes.com/download
§  iTunes Store account
§  Internet access
Windows system requirements
§  PC with USB 2.0 port
§  Windows 7; Windows Vista; or Windows XP Home or Professional with Service Pack 3 or later
§  iTunes 10.1 or later (free download fromwww.itunes.com/download
§  iTunes Store account
§  Internet access
Environmental requirements
§  Operating temperature: 32° to 95° F
(0° to 35° C)
§  Nonoperating temperature: -4° to 113° F
(-20° to 45° C)
§  Relative humidity: 5% to 95% noncondensing
§  Maximum operating altitude: 10,000 feet (3000 m)
Capacity3
§  16GB or 32GB flash drive
Display
§  Retina display
§  3.5-inch (diagonal) widescreen Multi-Touch display
§  960-by-640-pixel resolution at 326 ppi
§  800:1 contrast ratio (typical)
§  500 cd/m2 max brightness (typical)
§  Fingerprint-resistant oleophobic coating on front and back
§  Support for display of multiple languages and characters simultaneously

Audio playback
§  Frequency response: 20Hz to 20,000Hz
§  Audio formats supported: AAC (8 to 320 Kbps), Protected AAC (from iTunes Store), HE-AAC, MP3 (8 to 320 Kbps), MP3 VBR, Audible (formats 2, 3, 4, Audible Enhanced Audio, AAX, and AAX+), Apple Lossless, AIFF, and WAV
§  User-configurable maximum volume limit
TV and video
§  Video formats supported: H.264 video up to 720p, 30 frames per second, Main Profile level 3.1 with AAC-LC audio up to 160 Kbps, 48kHz, stereo audio in .m4v, .mp4, and .mov file formats; MPEG-4 video, up to 2.5 Mbps, 640 by 480 pixels, 30 frames per second, Simple Profile with AAC-LC audio up to 160 Kbps per channel, 48kHz, stereo audio in .m4v, .mp4, and .mov file formats; Motion JPEG (M-JPEG) up to 35 Mbps, 1280 by 720 pixels, 30 frames per second, audio in ulaw, PCM stereo audio in .avi file format
§  Support for 1024 by 768 pixels with Apple VGA Adapter; 576p and 480p with Apple Component AV Cable; 576i and 480i with Apple Composite AV Cable (cables sold separately)

Up is available on iTunes. Up © Disney/Pixar.
Languages
§  Language support for English (U.S.), English (UK), French (France), German, Traditional Chinese, Simplified Chinese, Dutch, Italian, Spanish, Portuguese (Brazil), Portuguese (Portugal), Danish, Swedish, Finnish, Norwegian, Korean, Japanese, Russian, Polish, Turkish, Ukrainian, Hungarian, Arabic, Thai, Czech, Greek, Hebrew, Indonesian, Malay, Romanian, Slovak, Croatian, Catalan, and Vietnamese
§  Keyboard support for English (U.S.), English (UK), French (France), French (Canadian), French (Switzerland), German, Traditional Chinese (Handwriting, Pinyin, Zhuyin, Cangjie, Wubihua), Simplified Chinese (Handwriting, Pinyin, Wubihua), Dutch, Italian, Spanish, Portuguese (Brazil), Portuguese (Portugal), Danish, Swedish, Finnish, Norwegian, Korean, Japanese (Romaji, Ten Key), Japanese (Kana), Russian, Polish, Turkish, Ukrainian, Estonian, Hungarian, Icelandic, Lithuanian, Latvian, Flemish, Arabic, Thai, Czech, Greek, Hebrew, Indonesian, Malay, Romanian, Slovak, Croatian, Bulgarian, Serbian (Cyrillic/Latin), Catalan, Vietnamese, Tibetan, Macedonian, and Cherokee
§  Dictionary support (enables predictive text and autocorrect) for English (U.S.), English (UK), French, German, Traditional Chinese, Simplified Chinese, Dutch, Italian, Spanish, Portuguese (Brazil), Portuguese (Portugal), Danish, Swedish, Finnish, Norwegian, Korean, Japanese (Romaji), Japanese (Kana), Russian, Polish, Turkish, Ukrainian, Hungarian, Lithuanian, Flemish, Arabic, Thai, Czech, Greek, Hebrew, Indonesian, Malaysian, Romanian, Slovak, Croatian, Catalan, Vietnamese, and Cherokee
Camera, photos, and video

§  Video recording, HD (720p) up to 30 frames per second with audio
§  5-megapixel still camera
§  VGA-quality photos and video at up to 30 frames per second with the front camera
§  Tap to focus video or still images
§  LED flash
§  Photo and video geotagging

Sensors
§  Three-axis gyro
§  Accelerometer
§  Proximity sensor
§  Ambient light sensor

Headphones

§  Apple Earphones with Remote and Mic
§  Frequency response: 20Hz to 20,000Hz
§  Impedance: 32 ohms
Rating for hearing aids4
iPhone 4 (GSM model)
§  3G network - 850/1900MHz: M4, T4
§  2G network - 850MHz: M3, T3
§  2G network - 1900MHz: M2, T3


Bagi sesiapa yang berkenan sila klik dibawah photo iPhone 4 dibawah ini untuk ke link pendaftaran;

iPhone 3 registration with celcom

Read rest of entry

Wednesday, April 13, 2011

Antara Purdah dan Hijab di Perancis.


Tiba-tiba sahaja timbul minat untuk menulis tentang perkara ini, lebih-lebih lagi apabila berita yang begitu sensasi apabila Negara Perancis akan menguatkuasakan tindakan undang-undang kepada pemakai Burqa atau purdah dikalayak ramai bermula dari bulan hadapan. Tulisan ini bukanlah menolak atau menentang undang-undang dinegara lain, namun hanya sekadar sebagai renungan rahsia sebenar kenapa Perancis benar-benar bertegas mengharamkan pemakaian dikalangan wanita islam namun hijab dibenarkan. 

Kenapa Perancis salah satu negara pejuang hak asasi kemanusiaan berkeras mahu menafikan hak seorang wanita didalam pemakaian harian?, Kenapa tidak mengenakan tindakan undang-undang kepada wanita yang separa bogel pakaiannya? Kini mendapat sokongan tokoh Agama terkenal Yusuf Qaradawi yang sememangnya tidak bersetuju dengan pemakain burqa atau purdah. Disamping itu berjaya meyakinkan Majlis Agama Islam Perancis untuk bersama mengharamkan pemakaian Burqa atau Purdah dikalangan wanita di Perancis.

Apakah hukum wanita Islam memakai purdah?

Apa yang saya dapat dari forum adalah seperti berikut:

Kami tidak mengetahui ada seorangpun daripada shahabat yang mewajibkan hal itu. Tetapi lebih utama dan lebih mulia bagi wanita untuk menutup wajah. Adapun mewajibkan sesuatu wajib berdasarkan hukum yang jelas di dalam syari’at. Tidak boleh mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan Allah.
Oleh kerana itu saya telah membuat satu bab khusus di dalam kitab ‘Hijabul Mar’aatul Muslimah’, untuk membantah orang yang menganggap bahawa menutup wajah wanita adalah bid’ah. Saya telah jelaskan bahawa hal ini (menutup wajah) adalah lebih utama bagi wanita.
Hadits Ibnu Abbas menjelaskan bahawa wajah dan kedua telapak tangan bukan termasuk aurat, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam ‘Al-Mushannaf’.
Pendapat kami adalah bahawa hal ini bukanlah hal yang baru. Para ulama dari kalangan ‘As Salafus Shalih’ dan para ahli tafsir seperti Ibnu Jarir Ath-Thabari dan lain-lain mengatakan bahwa wajah bukan termasuk aurat tetapi menutupnya lebih utama.
Sebahagian daripada mereka berdalil tentang wajibnya menutup wajah bagi wanita dengan kaedah.
“Ertinya : Mencegah kerosakan didahulukan daripada mengambil kemanfaatan”
Tanggapan saya.
Memang kaeidah ini bukan bid’ah tetapi sesuatu yang berdasarkan syari’at. Sedangkan orang yang pertama menerima syari’at adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian orang-orang yang menerima syari’at ini daripada beliau adalah para shahabat. Para Shahabat tentu sudah memahami kaedah ini, walaupun mereka belum menyusunnya dengan tingkatan ilmu ushul feqh seperti di atas.
Telah kami sebutkan dalam kitab ‘Hijaab Al-Mar’aatul Muslimah’ kisah seorang wanita ‘Khats’amiyyah’ yang dipandang oleh Fadhl bin ‘Abbas ketika Fadhl sedang dibonceng oleh Nabi Shallallahu ‘laihi wa sallam, dan wanita itupun melihat
Fadhl. Diaa adalah seorang yang tampan dan wanita itupun seorang yang cantik. Kecantikan wanita ini tidak mungkin boleh diketahui jika wanita itu menutup wajahnya dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika itu memalingkan
wajah Fadhl ke arah lain. Yang demikian ini menunjukkan bahawa wanita tadi membuka wajahnya.
Sebahagian mereka mengatakan bahawa wanita tadi di dalam keadaan berihram, sehingga boleh baginya membuka wajah sedangkan tidak ada tanda-tanda sedikitpun bahawa wanita tadi sedang berihram. Dan saya telah mentarjih (menguatkan) dalam kitab tersebut bahawa wanita itu berada dalam keadaan setelah melempar jamrah, iaitu setelah ‘tahallul’ awal.
Dan seandainya benar wanita tadi memang benar sedang berihram, mengapa Rasulullah tidak menerapkan kaedah di atas, iaitu kaedah mencegah kerosakan .?!
Kemudian kami katakan bahawa pandangan seorang lelaki terhadap wajah wanita, tidak ada bezanya dengan pandangan seorang wanita terhadap wajah lelaki dari segi syari’at dan dari segi tabi’at manusia.
Oleh sebab itu Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.
“Ertinya : Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman. ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya” [An-Nuur : 30]
Maksudnya daripada (memandang) wanita.
Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.
“Ertinya : Dan katakanlah kepada wanita yang beriman. ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya” [An-Nuur : 31]
Maksudnya iaitu jangan memandang seorang lelaki.
Kedua ayat diatas mengandungi hukum yang sama. Ayat pertama memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah wanita dan ayat kedua memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah lelaki.
Sebagaimana kita tahu pada ayat kedua tidak memerintahkan seorang lelaki untuk menutup (wajahnya). Demikian pula ayat pertama tidak memerintahkan seorang wanita untuk menutup wajah.
Kedua ayat di atas secara jelas menyatakan bahawa di zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ada sesuatu yang biasa terbuka dan boleh dilihat iaitu wajah. Maka Allah, Si Pembuat syari’at dan Yang Maha Bijaksana memerintahkan kepada kedua jenis menusia (lelaki dan perempuan)untuk menundukkan pandangan masing-masing.
Adapun hadits.
“Ertinya : Wanita adalah aurat”
Tidak berlaku secara mutlak. Karena tidak mungkin seseorang boleh menampakkan
auratnya di dalam shalat.[1]
Yang berpendapat bahawa wajah wanita itu aurat adalah minoriti ulama. Sedangkan yang berpendapat bahawa wajah bukan aurat adalah maajoriti ulama (Jumhur).
Hadits diatas, yang berbunyi.
“Ertinya : Wanita adalah aurat, jika dia keluar maka syaithan memperindahkannya”
Tidak boleh diartikan secara mutlak. Ini kerana ada kaedah yang berbunyi :
“Dalil umum yang mengandungi banyak cabang hukum, dimana cabang-cabang hukum itu tidak boleh diamalkan berdasarkan dalil umum tersebut, maka kita tidak boleh berhujah dengan dalil umum tersebut untuk menentukan cabang-cabang hukum tadi”.
Misalnya : Orang-orang yang menganggap bahawa ‘bid’ah-bid’ah’ itu baik adalah berdasarkan dalil yang sifatnya umum. Contoh : Di negeri-negeri Islam seperti Mesir, Syria, Jordan dan lain-lain…. ramai orang yang membaca shalawat
ketika memulai adzan. Mereka melakukan ini berdasarkan dalil yang sangat umum iaitu firman Allah.
“Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya” [Al-Ahzaab : 56]
Dan dalil-dalil lain yang menjelaskan keutamaan shalawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang merupakan dalil-dalil umum (yang tidak boleh dijadikan hujjah dalam adzan yang memakai shalawat, karena ia memerlukan dalil khusus, wallahu a’lam, -pent-).
Mewajibkan wanita menutup wajah. Berdasarkan hadits : “Wanita adalah aurat”, adalah sama dengan keadaan di atas. Ini kerana wanita (Shahabiyah) ketika melaksanakan shalat mereka umumnya membuka wajah. Demikian pula ketika mereka pulang dari masjid, sebahagian mereka menutupi wajah, dan sebahagian yang lain masih membuka wajah.
Oleh yang demikian hadits diatas (wanita adalah aurat), tidak termasuk wajah dan telapak tangan. Prinsip ini tidak pernah bertentangan dengan praktik orang-orang salaf (para shahabat).

Jelas bahawa Islam tidak memaksa wanita memakai purdah sehingga hanya menampakkan kedua biji mata saja, namun bagaimana disebalik purdah atau burqa itu adalah lelaki...itulah sebenarnya..
Read rest of entry
 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal