Thursday, June 23, 2011

Ketua kumpulan penggodam komputer ditangkap.

Dunia masih berjaga-jaga dengan serangan dari penggodam berprofil tinggi sehinggakan berjaya memasuki sistem komputer kerajaan seluruh dunia termasuk agensi penyiasatan Amerika (CIA). Apa yang memeranjatkan adalah usia ketua penggodam tersebut baru mencecah 19 tahun.
  
Ryan Clearly, 19 tahun ditangkap dalam operasi bersama oleh polis Scotland Yard dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di kediaman ibunya, Rita, 45, kelmarin.

Beliau akan didakwa dengan lima kesalahan dibawah Akta Penyalahgunaan Komputer, kata polis.

Cleary disyaki mempunyai hubungan dengan kolektif Keselamatan Lulz hacking, yang baru-baru ini mensasarkan Sony, laman web CIA dan Senat AS sistem komputer.

Sebuah akhbar melaporkan dia dipercayai mendalangi operasi pencerobohan siber tersebut dengan menggunakan dua buah komputer di bilik tidurnya di banglo milik ibunya di sini.
 


Ibunya yang merupakan seorang jururawat memberitahu, Ryan banyak menghabiskan masa di sisi komputernya.

Jelas Rita, anaknya mempunyai sejarah sakit mental dan menghidap agorafobia iaitu penyakit dihantui perasaan takut ketika berada di tempat terbuka tetapi dia seorang yang amat pintar.
Sumber-sumber polis berkata, sejumlah maklumat dan data dirampas daripada sebuah komputer miliknya.

Pihak berkuasa percaya Ryan merupakan 'orang penting' LulzSec, yang mendakwa bertanggungjawab mencuri nama, alamat, data bank dan kata laluan 77 juta pelanggan rangkaian permainan Internet, Sony Playstation.

Selain Sony dan satu lagi firma permainan video, Nintendo, LulzSec turut menceroboh rangkaian komputer Agensi Jenayah Berat Terancang Britain, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Senat Amerika Syarikat (AS).

2 comments:

Unknown on June 23, 2011 at 5:21 PM said...

uii muda lagi tu dh terror godam2..

FREE_MOVIE on June 24, 2011 at 8:51 PM said...

wah,,hebat ne seharusnya anak seperti harus di manfaatkan oleh pemerintah ,,,,,

Post a Comment

 

Advertisement

Status

sitemeter

Cbox

MOBILE2GO Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal